Bentuk buah terung ini memang pelik, sangat mirip seperti susu kambing. Disebalik bentuknya yang pelik tersembunyi khasiatnya yang hebat. Terung susu kambing juga dikenali dengan nama terung tetek kambing berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Buahnya berwarna hijau dan putih ketika muda dan bertukar kuning terang dan berkilat apabila masak.
Pokok terung susu kambing sukar dijumpai, hanya orang yang tahu kegunaanya sahaja yang menanamnya. Buahnya mampu menjadi penawar kepada banyak penyakit. Rasanya pula kelat dan baunya kurang menarik. Biasanya buahnya dijual RM5.00 untuk tiga biji.
Buah terung susu kambing sangat mujarab untuk merawat penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi.
Buah yang baik untuk dijadikan ubat adalah buah yang tua kekuningan dan berkilat. Perlu dibasuh bersih dan dipotong memanjang setebal 1 cm.
Gunakan 2 atau 3 biji buah terung susu kambing,kemudian masukkan ke dalam periuk, selok-eloknya periuk tanah dan campurkan dengan 3 cawan air. Didihkan dan tinggalkan anggaran satu cawan sahaja, kemudian biarkan sehingga suam-suam kuku, barulah di minum.
Amalkan meminum air rebusan buah susu kambing 1 hari sekali selama 3 bulan secara teratur. Untuk 3 kali rebusan memerlukan 3 biji buah terung susu kambing. Sesudah itu hendaklah diganti dengan buah yang baru pula.
Mereka yang berpenyakit kencing manis dan darah tinggi akan mengalami perubahan setiap kali menjalani pemeriksaan di hospital.
3 ulasan:
admin..sy mencari buah segar terung susu kambing untuk perubatan.puas mencari tak jumpa..boleh admin kongsi mana sy boleh dapatkan terung jenis ni?
Banyak dekat tempat saya pokok ni,org guna untuk ubat kanser payudara
Cam mana cara guna kalau untuk ubat kanser susu.
Catat Ulasan