NUFFNANG

Ahad, Mac 10, 2013

PENGGANAS SULU DAPAT UPAH ?


Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada Pasukan Cawangan Khas Polis untuk menyiasat dakwaan bahawa pengganas Sulu menerima upah sebanyak AS$600 (RM1,863) dan tawaran tanah bagi menyertai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau mendapat maklumat mengenai perkara itu melalui laman sosial dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan sewajarnya. 
Beliau berkata, sehingga kini pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan itu yang didedahkan media Filipina. 

Belum terima maklumat

Pihak ATM setakat ini tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar Filipina iaitu Philippine Star melaporkan jurucakap Presiden Filipina, Edwin Lacierda, sebagai berkata bahawa Benigno Aquino III akan berusaha untuk memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa segelintir tentera penceroboh terpedaya dengan janji dan tawaran yang ditawarkan Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Kami juga melihat dalam laporan media, sebahagian daripada tentera diraja Sulu dibayar sebanyak AS$600, dijanjikan tanah serta kedudukan dalam kesultanan Sulu, katanya dipetik daripada akhbar Philippine Star. Beri akses penuh

Lacierda berkata, Filipina juga meminta kerajaan Malaysia supaya dapat memberi mereka akses penuh kepada rakyatnya yang ditahan ekoran pertempuran berlaku di Sabah itu.

Katanya, pengikut bersenjata Jamalul Kiram hanya merangkumi sebahagian kecil daripada warga Filipina, namun warganya yang lain mematuhi peraturan yang ditetapkan Malaysia di Sabah.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: