NUFFNANG

Jumaat, Julai 19, 2013

AKSI BIADAP DUA CINA INI AKHIRNYA DIHADAP KEMAHKAMAH

GAMBAR dan komen yang dimuatkan di laman sosial Facebook Alvin dan Vivian – Alvivi yang mencetuskan kontroversi.
KUALA LUMPUR – Pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Kedua-dua tertuduh, Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Lee May Ling (Vivian), 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Aksi biadap mereka dalam Face Book, Ini sudah melampau !

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook Alvin dan Vivian - Alvivi satu kandungan gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!) yang mengandungi logo halal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 10.48 malam antara 11 dan 12 Julai lalu di 568-14-18, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini.

Dakwaan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

sumber

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: