BR1M adalah salah satu inisiatif 1Malaysia di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak |
Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima yang layak sebanyak dua kali setahun, mulai tahun depan.
RAKYAT Tidak perlu lagi beratur panjang untuk mengambil BR1M |
Katanya, langkah itu bertujuan menggalakkan penerimanya melakukan perbelanjaan berdasarkan keperluan semasa, sekali gus menggalakkan perbelanjaan berhemah.
“Kerajaan sedang melihat kemungkinan melakukan agihan pembayaran BR1M sebanyak dua kali setahun mulai tahun depan dan bukannya sekali gus seperti diamalkan sejak ia diperkenalkan.
Perbelanjaan berhemah
“Ia bagi membolehkan penerimanya melakukan perbelanjaan berdasarkan keperluan semasa, sekali gus menggalakkan perbelanjaan berhemah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini, semalam.
Husni berkata, kerajaan juga sudah bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran BR1M daripada RM500 yang diterima sekarang mulai tahun depan, namun nilainya hanya akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 25 Oktober ini.
“Deraf pertama sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Pertama dan sedang diperkukuhkan lagi, jumlahnya belum dipastikan, tetapi mesti lebih daripada RM500 daripada yang diberikan sekarang,” katanya.
Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012.
Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250.
Sementara itu, Husni berkata, sejajar dengan pelaksanaan dasar rasionalisasi subsidi baru-baru ini, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.
Rasionalisasi subsidi
“Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti,” katanya.
Ditanya sama ada kumpulan pendapatan itu akan menerima bantuan seperti BR1M, Husni berkata:
“Kita melihat daripada semua kemungkinan... tetapi tidak semestinya dalam bentuk pemberian seperti BR1M, sebaliknya berasaskan beberapa model yang mungkin boleh digunakan.”
Beliau berkata, kerajaan juga menumpukan usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat dalam jangka panjang menerusi pelbagai projek transformasi ekonomi negara seperti meningkatkan peluang pekerjaan, rantaian penawaran projek baru dalam sistem ekonomi negara dan pelaksanaan gaji minimum.
LINK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan