NUFFNANG

Jumaat, September 27, 2013

KIDAL ITU ISTIMEWA

MELIHATKAN si kecil lebih pantas menggapai dengan tangan kiri mainan yang diletakkan di hadapan mereka kadangkala mendatangkan kegusaran bagi sesetengah ibu bapa. Biarpun puas diajar melakukan kerja menggunakan tangan kanan tetapi tangan kiri juga yang cepat.

Ibu bapa yang pernah berhadapan dengan senario seperti itu mungkin merasakan tingkah laku sedemikian agak janggal dan tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, kebanyakan berpendapat bahawa tangan kanan itu lebih baik dari tangan kiri. Jika anda berdepan dengan situasi itu berkemungkinan besar anak anda dilahirkan kidal.

Kegusaran yang kadangkala tidak bertempat itu menyebabkan sesetengah ibu bapa bertindak mengubah tabiat anak mereka secara paksaan. Apa yang membimbangkan kemungkinan paksaan tersebut boleh menyebabkan aktiviti si kecil menjadi terbantut kerana penggunaan tangan kiri itu adalah satu tabiat semulajadi yang bukan sengaja dibuat-buat.
Perlakuan kidal berlaku apabila seseorang individu itu menggunakan otak kanan secara dominan. Otak manusia mempunyai dua bahagian iaitu bahagian kanan dan kiri yang mempunyai fungsi tertentu dalam mengawal pergerakan tubuh badan. Otak sebelah kanan akan mengawal bahagian badan sebelah kiri dan begitulah sebaliknya.

kidal terjadi apabila otak kanan yang dominan mengawal bahagian badan sebelah kiri yang menyebabkan seseorang individu itu cenderung menggunakan bahagian badan sebelah kiri terutamanya tangan dan kaki kiri dalam perbuatan mereka.

Kidal bukanlah satu masalah ataupun penyakit kerana ia adalah sifat semulajadi yang berlaku disebabkan penguasaan dominan otak sebelah kanan. Kidal tidak ada kaitan dengan masalah kesihatan dan sebab itu ia tidak boleh dianggap sebagai penyakit.

Individu kidal mempunyai jiwa yang lebih cenderung ke arah seni, muzik, dan perkara kreatif.

Selain faktor penguasaan otak kanan yang lebih dominan, kidal juga didapati boleh berlaku disebabkan faktor genetik.Kajian mendapati kebarangkalian berlakunya kidal adalah disebabkan faktor genetik apabila ibu, bapa atau ahli keluarga lain turut kidal.

Sebagai contoh, jika ibu atau bapa itu kidal, maka kemungkinan besar salah seorang anak mereka yang lahir nanti akan menjadi kidal.Begitu juga jika ibu atau bapa tidak kidal, tetapi ahli keluarga seperti nenek, datuk atau moyang mereka kidal, jadi kidal itu mungkin akan turun kepada salah seorang generasi baru.

Dalam pada itu, faktor persekitaran juga menjadi penyumbang kepada seseorang kanak-kanak itu menjadi kidal.Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran dikelilingi oleh orang dewasa kidal juga mungkin akan cenderung untuk meniru perlakuan itu dan menggunakan tangan kiri untuk, menulis, mengambil barang, atau melakukan sesuatu pekerjaan.

Mengenai sikap sesetengah ibu bapa yang menggunakan pendekatan paksaan untuk mengubah perilaku anak kecil yang kidal, tindakan seperti itu tidak wajar.Ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang kidal sepatutnya menerima perilaku tersebut sebagai satu keistimewaan.

Memaksa anak kecil menulis, dan memegang barang menggunakan tangan kanan bukanlah jalan terbaik kerana kanak-kanak kidal juga adalah normal seperti kanak-kanak lain.

Dalam Islam sendiri tidak ada diskriminasi terhadap individu yang kidal.Bagaimanapun, dalam perkara tertentu seperti adab makan, sebagai orang Islam ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik anak kidal untuk makan menggunakan tangan kanan kerana ia adalah Sunnah.

Kebanyakkan individu kidal yang beragama Islam mampu makan menggunakan tangan kanan hasil didikan ibu bapa dan guru di sekolah.

Apa yang pasti kidal bukanlah penyakit sebaliknya satu anugerah kepada mereka yang terpilih sahaja.

Bahkan dunia turut mengiktiraf kidal apabila 13 Ogos setiap tahun dipilih sebagai Hari Kidal Sedunia.

Berikut merupakan ranking 10 tokoh kidal paling top di dunia yang dikeluarkan oleh Majalah TIME :

1) Barrack Obama - Presiden Amerika Syarikat.

2) Bill Gates - Orang ke-3 paling kaya di dunia versi Forbes

3) Oprah Winfrey - Selebriti wanita paling kaya di dunia

4) Babe Ruth - Pemain baseball legenda dengan 714 homerun

5) Napoleon Bonaparte - Jeneral perang legenda dari Perancis

6) Leonardo da Vinci - Seniman era rennaisance paling genius

7) Marie Curie - Saintis atom, penerima hadiah nobel

8) Aristoteles - Ahli falsafah era Yunani kuno

9) Ned Flanders - Salah seorang pelakon dalam siri animasi "The Simpsons".

10) Jimi Hendrix - Gitaris legenda dunia.


Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: