NUFFNANG

Sabtu, Februari 08, 2014

VIDEO TERESA MALUKAN ORANG CINA

Teresa Kok
KLIP VIDEO yang dihasilkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyentuh isu dan menyindir pemimpin negara baru-baru ini adalah sesuatu yang memalukan masyarakat Cina, kata Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jason Teoh.

Beliau berkata, tindak tanduk yang tidak sihat dan negatif seperti ini tidak seharusnya dilakukan terutama semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

"Ya, saya akui sebagai orang Cina saya malu dengan tindakan Teresa Kok itu, langsung tidak menghormati perasaan rakyat negara ini," katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina Johor Selatan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebagai Ahli Parlimen Teresa seharusnya berbuat sesuatu yang positif yang boleh diteladani masyarakat.

LIHAT VIDEO  'Onederful Malaysia'

Video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu dimuat naik ke dalam Youtube yang menunjukkan Teresa menemu ramah tiga tetamu yang menyindir pelbagai perkara termasuk isu keselamatan di Sabah dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di negeri itu.

Jason berkata, kenyataan mereka dalam video itu jelas bertujuan menggagalkan  promosi TMM 2014.

Katanya kebijaksanaan Teresa sepatutnya digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu mengeratkan hubungan sesama kaum di negara ini seperti yang dilakukan oleh SP Setia Berhad Group menerusi video clip Tahun Baharu Cina syarikat itu.

Sebelum itu, beliau berkata empat individu dan dua badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina di Johor telah membuat laporan polis mengenai klip video Teresa itu.

Seorang daripada mereka ialah pengusaha industri pelancongan dari Kota Tinggi, Liew Kim Fook, 48.

Kim Fook yang membawa pelawat dari Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura untuk menyaksikan kunang-kunang di daerah itu menyifatkan klip video berkenaan sebagai khianat terhadap rakyat kerana memperlekeh tahap keselamatan negara dan boleh menjejaskan pendapatan pengusaha industri pelancongan negara ini.

Mereka mahu Teresa membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini berhubung tindakannya itu. - Bernama

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: