NUFFNANG

Sabtu, April 12, 2014

AIR PANAS TERSEMBUR DARI PERUT BUMI DI RUSSIA

Satu kejadian mengemparkan telah terjadi di Smolensk Russia. Smolensk adalah Sebuah bandar dengan kepadatan penduduk sekitar 327.000 orang, terletak sekitar beberapa ratus kilometer dari bandaraya Moscow.

Ketika kejadian penduduk bandar itu sedang sibuk dengan urusan masing-masing.
Secara tiba-tiba air panas yang mengelegak menyembur dari perut bumi berhampiran sebuah tempat parkir yang sesak dengan kenderaan.

semburan air panas yang mengelegak tersebut mencapai ketinggian bangunan setinggi 3 tingkat dan mampu melecurkan kulit jika terkena semburannya.
Semburan pertama, memecahkan permukaan tar ke udara, beberapa detik kemudian hujan batu terjadi, merosakkan sekurang-kurangnya 15 kenderaan yang berada di sekitarnya.

Kebanyakkan kenderaan yang rosak kerana hentaman batu-batu yang melambung ke udara dan sebahagiannya akibat semburan air yang panas mengelegak itu. Walaupun tiada nyawa yang terkorban akibat kejadian yang tidak disangka-sangka itu namun peristiwa ini cukup mengejutkan warga Smolensk.

Sebuah video yang di muatnaik ke You Tube menjelaskan semua peristiwa ini.

LIHAT VIDEO :

Video yang berasal dari kamera yang dipasang diatas Main Square Smolensk, memperlihatkan sebuah tempat parkir yang sibuk, tetapi sejurus kemudian semuanya berubah.

Semburan air panas mengelegak yang tersembur dari perut bumi membentuk awan badai kecil ditengah bandar dan batu-batu yang melayang akibat tekanan air yang menghujani kenderaan yang terparkir disana.

Dalam beberapa minit, aliran besar air telah membanjiri kawasan parkir, kelihatan seperti kolam renang raksasa, dari perut bumi terus memuntahkan air dan wap panas hingga ratusan meter ke udara.

Fenomena apakah yang sebenarnya yang terjadi? Fenomena ini di panggil 'Geiser' adalah semburan air panas yang selalunya terjadi setelah terjadinya letupan gunung berapi, atau boleh terjadi akibat pemanasan magma dalam perut bumi.

Gunung apakah yang baru saja meletus di sekitar bandar Smolensk? persoalannya tiada satupun jaluran gunung berapi di sekitar wilayah Smolensk, jaluran gunung berapi yang terdekat adalah di kawasan Mediteranian yang terletak ribuan kilometer dari Smolensk. Fenomena yang berlaku ini masih lagi menjadi misteri sehingga kesaat ini.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: