NUFFNANG

Selasa, April 01, 2014

GEMPAR KOREA UTARA DAN KOREA SELATAN BERBALAS TEMBAKAN

SEOUL: Korea Utara dan Selatan semalam masing-masing membalas tembakan di sempadan maritim kedua-dua negara itu yang memaksa penduduk pulau Korea Selatan mencari perlindungan.


Kejadian bermula apabila Korea Utara menjalankan latihan tembakan peluru hidup yang jatuh ke sempadan perairan negara jirannya itu, namun tidak mempunyai sasaran khusus. 

Kementerian pertahanan Korea Selatan berkata, kira-kira 500 peluru dilepaskan sepanjang latihan itu dan hanya lebih kurang 100 jatuh ke sempadannya. 

Latihan bermula jam 12.15 tengah hari (waktu tempatan) manakala Korea Selatan yang memberi amaran akan bertindak balas jika ada tembakan tersasar ke perairannya - membalas tidak lama selepas itu.

Jurucakap kementerian Kim Min-Seok berkata, Seoul hanya bertindak balas kepada ‘provokasi terancang’ Pyongyang dengan menembak 300 peluru daripada senjata ‘gerak sendiriK-9 Thunder self-propelled howitzer’.

“Jika Korea Utara marah dengan tindakan kami membalas tembakan dan menggunakannya untuk melakukan lagi provokasi terhadap kepulauan serta lautan kami, kami akan membalas dengan tegas,” katanya. 

Bagaimanapun, penduduk di kepulauan berhampiran sempadan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga. 

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam perbuatan Korea Utara itu. 

Menurut penganalisis, kejadian itu sehari selepas Pyongyang mengugut menjalankan ‘ujian nuklear baru’ sebenarnya petanda Korea Utara semakin geram dengan keengganan Amerika Syarikat (AS) untuk meneruskan perbincangan berhubung program nuklearnya. 

Profesor di Universiti Pengajian Korea Utara Seoul, Yang Moo-Jin berkata, tindakan Pyongyang itu bukan sesuatu yang serius. 

“Pada saya kejadian itu tidak mungkin berakhir dengan pertempuran lebih serius. 

“Sebenarnya Korea Utara sekadar mahu memberi tekanan supaya perbincangan berkenaan diteruskan,” katanya. 

Ini berikutan tindakan Korea Utara memastikan publisiti secukupnya bagi latihan berkenaan, termasuk memaklumkan Korea Selatan terlebih dulu. 

Pyongyang melihat perbincangan nuklear berkenaan sebagai peluang untuk mendapatkan konsesi dan bantuan di peringkat antarabangsa. 

Sehubungan itu, Pyongyang melancarkan beberapa siri latihan tembakan roket dan misil jarak dekat sejak beberapa minggu kebelakangan ini bagi memprotes latihan ketenteraan tahunan dijalankan Korea Selatan dan AS. 

Malah, kejadian semalam sejajar dengan latihan selama 12 hari membabitkan hampir 15,000 tentera dua negara berkenaan. 

Selain itu, Korea Utara turut marah dengan cubaan membawanya ke Majlis Keselamatan PBB atas alasan melanggar hak asasi kemanusiaan. 

Korea Utara setakat ini sudah melancarkan tiga ujian nuklear dengan yang paling akhir dan kuat diadakan Februari tahun lalu. 

LIHAT VIDEO :

Bagaimanapun, ramai pakar menganggap Korea Utara masih belum cukup berbahaya kerana belum mampu menguasai teknologi diperlukan bagi membina kepala peledak kecil. - AFP

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: