Menurut mereka, wanita tersebut menggunakan nama ‘Imashima Lola’.
Ternyata akaun tersebut sememangnya wujud dan kami turut menemui gambar yang memaparkan wajah wanita yang dipercayai ibu remaja tersebut.
Pada masa yang sama, terdapat beberapa keping gambar lain yang dimuatnaik yang kami percaya merupakan remaja OKU terbabit.
Bezanya, gambar yang bertarikh 18 Mac 2012 tersebut memperlihatkan sisi yang cukup berbeza kerana dia dilihat lebih berisi dan terurus.
ADAKAH INI BAJU TERAKHIR ADIK FIRDAUS YANG DIPAKAI HINGGA REPUT ? |
WARNA BAJU SEPADAN DENGAN GAMBAR DIATAS SEMASA ADIK FIRDAUS DALAM KEADAAN BERSIH |
Memang banyak persoalan yang berlegar dengan penemuan akaun terbabit termasuklah:
1. Bagaimana si ibu boleh kelihatan agak bergaya sedangkan anaknya dibiarkan memakai pakaian reput?
2. Mengapa si ibu mempunyai masa untuk melayari laman sosial berbanding menguruskan anaknya yang dibiarkan tinggal dalam bilik kotor?
Apapun, mungkin hanya wanita itu sahaja yang mampu memberikan jawapan tepat mengenai perkara ini. Wallahu a’lam…
LIHAT VIDEO
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan