NUFFNANG

Jumaat, Julai 04, 2014

KERETA KEBAL MILIK ATM TERBALIK, 2 MAUT 2 PARAH DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

IPOH - Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar hari ini.


Sarjan Bayong Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd. Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy Barlabas menerima rawatan di hospital yang sama itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit.

"Kesemua mangsa telah dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama,” katanya ketika dihubungi di sini. - Bernama

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: