NUFFNANG

Khamis, Julai 03, 2014

VIDEO: JADI BAHAN LAWAK WARGA INTERNET, BOMBA SUDAH MARAH NI!!!

DUA LUBANG BESAR dan dalam yang terbentuk akibat kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah semalam telah mencetuskan gambar-gambar kreatif yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia serta disebarkan di internet.

Gambar-gambar dengan unsur sindiran gara-gara kejadian itu sedang disebarkan di laman rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan juga aplikasi WhatsApp.

Salah satu gambar berkaitan runtuhan yang semakin tersebar secara meluas ialah gambar raksasa fiksyen Jepun Godzilla.

Lain-lain watak-watak fiksyen yang 'diletakkan' di tempat kejadian adalah King Kong, Transformers, Ultraman dan Loki.

 Sesetengah daripadanya juga 'mengusik' pihak berkuasa, yang digambarkan menggunakan pita pelekat untuk 'membaiki' keretakan di jalan raya.

Malangnya usikan itu menimbulkan rasa kurang senang admin Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia). 

Beliau memberikan jawapan sambil mengulas mengenai perkara itu..

Salah 1 sebab anggota letakkan PITA PELEKAT adalah untuk melihat perggerakan tanah & BUKAN UNTUK JADI BAHAN GELAK KETAWA ATAU GURAU SENDA!!!  
Tanda-tanda bahaya seperti pokok tumbang, pecahan di tanah dan resapan air dari tanah yang menjunam masih amat berbahaya dan sebarang pergerakan jentera berat boleh menyebabkan tanah runtuh. 

Dan cara yang sebaik-baiknya ialah untuk mengawasi pergerakan tanah yang sedang berlaku dilokasi tersebut.  

Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin keselamatan awam dan sebarang pergerakan tanah atau mendapan oleh pegawai yang menjalankan pemantauan, Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada peralatan yang digunakan. 

Kewujudan jenis-jenis, punca-punca dan bagaimana ianya memberi kesan kepada hasil pengukuran harus DISEDARI DAN DIKETAHUI sebelum member komen yang berunsurkan GURAUAN.  

*** Jika tak tahu bertanya, dan jangan buat buat TAHU***

Marah ke?.. Huruf besar tu menunjukkan kemarahan..

Penjelasannya profesional tapi cara menjawabnya kurang proffessional...

LIHAT VIDEO :

Oleh : Namialus_2020
Sumber : darisungaiderhaka.blogspot.com
Video : Youtube

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg ptut la dia mrh.....rmai x tau tgas anggota kslmtn tau ckp je

Shafiq berkata...

Haah. Memanglah dia marah. Semua komen pakai main taip je. Bukannya bomba sengaja buat macam tu. Nak bergurau pun berpada-padalah.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: