NUFFNANG

Selasa, Julai 22, 2014

TRAGEDI MH17: MALAYSIA BERJAYA MENDAPATKAN DUA KOTAK HITAM PESAWAT MH17 HASIL RUNDINGAN DI SEBALIK TABIR

Pemisah Pro-Rusia akhirnya menyerahkan dua kotak hitam MH17 kepada Kolonel Mohamed Sakri (Jaket hitam dan memakai tshirt merah) pada Majlis sidang akhbar di Donetsk
Kumpulan pemisah di timur Ukraine menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lepas. Dua kotak hitam itu diserahkan kepada pakar Malaysia dalam satu pertemuan khas di bandar Donetsk.

Inilah gambar penyampaian kotak hitam MH17 dari pihak pemberontak yang diketuai oleh Alexander Borodai kepada wakil Kerajaan Malaysia. Kejayaan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak mendapatkan dua kotak hitam daripada Alexander Borodai telah membuka mata pemimpin-pemimpin dunia yang hebat.

Sebenarnya bukan pemimpin dunia saja yang kurang yakin Malaysia berupaya menangani kes yang amat rumit ini khasnya PM kita apabila, "MH17 MELEDAK DI BUMI BERGOLAK"
Malahan ada segelintir rakyat Malaysia sendiri yang meragui kebolehan PM kita.

Nah! sekarang sudah terbukti kebolehan dan kesungguhan PM kita khasnya orang Melayu dalam menangani kes yang amat rumit ini.

Malaysia telah mencapai tiga persetujuan penting dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas berhubung pesawat malang Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

Pertama - Berjaya membawa mayat2 warga Malaysia mangsa MH17 kembali ke tanahair.

Kedua - dua kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine akan diserahkan oleh puak pemberontak kepada pasukan Malaysia di Donetsk pada 9 malam ini (waktu Ukraine).

Ketiga -  puak pemberontak juga memberi janji keselamatan untuk membolehkan pasukan penyiasat termasuk dari Malaysia menjalankan kerja-kerja penyiasatan di lokasi kejadian.




By: Namialus_2020
Video: astroawani

1 ulasan:

abuamir berkata...

Syukur ianya hampir selesai. Ini membuktikan puak pemberontak pro-rusia mungkin tidak terlibat dgn MH17 ditembak jatuh. Sekarang ni kuncu2 amerika mungkin terlibat terutama pihak ukraine.

Kita berharap mereka yg bersalah dihadapkan ke makamah utk keadilan mangsa serta waris mereka.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: