Sudah adat menjadi kanak-kanak ada masanya bergaduh, tapi biasanya gaduh pun sekadar bermasam muka atau bertikam lidah sahaja.
Tapi di Johor sekumpulan budak dan remaja beraksi bagaikan gangster apabila membuli seorang budak lain di sebuah ladang dalam satu rakaman video yang kini tersebar.
Budak yang menjadi ‘lauk’ kelihatan terduduk dan tidak mampu melawan apabila dibelasah termasuk ditendang di kepala sementara yang lain hanya ketawa sambil memberi semangat kepada rakan mereka agar terus memukul.
Tak pastilah apa kesalahan sudah dilakukan mangsa buli namun hukuman diterimanya memang tak patut.
Paling ‘pailang’ dalam rakaman di atas adalah budak baju putih yang siap mengambil batang kayu untuk memukul sebelum ditegur kawan-kawannya kerana bimbang mangsa akan mati dikerjakan.
Selepas rakaman ini tersebar diharapkan ibu bapa kepada kanak-kanak dan remaja terlibat silalah ambil perhatian terhadap masalah moral anak anda.
Sebab kalau kecil-kecil dah begini perangai, nampak gaya mereka berbakat besar jadi gangster dan kaki pukul setahun dua lagi. - MYNEWSHUB.MY
kes buli johor
Oleh : REM RAMZI
Sumber : MYNEWSHUB.MY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan