NUFFNANG

Khamis, September 25, 2014

KENAPA INDONESIA TAPIS KARTUN 'SHIN-CHAN'?

JAKARTA: Kartun popular Jepun, 'Crayon Shin-chan' di mana karakter utamanya sering melondehkan seluarnya akan ditapis di Indonesia selepas pihak berkuasa menganggapnya sebagai berunsur lucah.

Karakter utamanya sering melondehkan seluarnya...
Stesen televisyen TV Network yang menunjukkan siri animasi berkenaan bersetuju untuk menapis adegan 'tidak senonoh' itu berikutan kebimbangan pihak berkuasa.

LIHAT VIDEO

Siri animasi itu menjejaki cerita mengenai budak lima tahun, Shin nosuke 'Shin' Nohara dan keluarganya, yang kadangkala melondehkan seluarnya atau membuat lawak tidak senonoh seperti bertanya kepada orang lebih tua: "Bila awak hendak mati?"

Suruhanjaya Penyiaran Indonesia meletakkan program itu dalam kategori 'berjaga-jaga', kata ahli Suruhan Jaya Agatha Lily.

"Kebanyakan adegan yang dianggap lawak dalam Shin-chan sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak, sebagai contoh Shin-chan melondehkan seluarnya bagi menunjukkan seluar dalamnya atau mengintai orang di tandas, adegan lain menunjukkan wanita berpakaian seksi dan lelaki berfoya-foya," katanya. - AFP

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: