SATELIT keenam negara, Measat-3b dilancarkan Ariane 5 ECA di tapak pelancar Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana pada kira-kira jam 6.05 pagi waktu Malaysia, hari ini. |
Pengerusi MEASAT Global Berhad (MEASAT), Datuk Umar Abu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Measat Satellite Systems, Paul Brown-Kenyon.
Measat-3b |
Naib Presiden Kanan Pembangunan Sistem Angkasa Lepas MEASAT, Dr Ali R Ebadi berkata cuaca yang baik membantu pelancaran satelit pada hari ini yang dijangka beroperasi sepenuhnya 15 Oktober ini.
"Masa 'tingkap' pelancaran adalah 62 minit bermula jam 6.21 petang waktu Kourou dan dalam tempoh itu satelit perlu dilancarkan jika terlepas ia perlu dilakukan keesokannya, justeru tempoh 'tingkap' ini amat penting.
"Ia mengambil masa 27 minit untuk pelepasan Measat-3b daripada roket dan tujuh minit kemudian untuk satelit penumpang Optus 10," katanya menjelaskan apa yang berlaku sewaktu satelit dilancarkan.
Ali berkata, pelepasan itu membolehkan Measat-3b diletakkan ke orbit berputar geostesyen dalam tempoh lima hari oleh enjin khas digelar Apogee.
Selepas panel suria dan antena dikeluarkan, katanya, ia mengambil masa tiga minggu untuk melakukan ujian orbit pada slot 84.5 darjah Timur supaya ia tidak mengganggu operasi Measat-3 dan Measat-3a di slot 91.5 darjah Timur pada ketinggian 35,800 kilometer.
"Apabila tempoh tiga minggu berakhir Measat-3b kemudian dipindahkan ke slot 91.5 darjah Timur bersama Measat-3 dan Measat-3a namun memerlukan dua hari untuk dapat beroperasi sepenuhnya.
"Kemudian barulah saya dapat menyerahkan operasi satelit kepada pusat arahan di Cyberjaya," kata Ali, seorang warga Iran yang terbabit dalam pembuatan Measat-3 sejak 1996.
Roket pelancar Ariane 5 ECA |
LIHAT VIDEO
1 ulasan:
Wow..bestnyer..view ni mesti dr Tucan ka..
Catat Ulasan