Bagaimanapun, sokongan dan kata-kata semangat ahli keluarga serta rakannya telah memberi kekuatan kepada Zeiler untuk melawan kanser tersebut melalui aktiviti bina badan yang dilakukan selama dua jam pada setiap hari.
"Saya mula melakukan aktiviti kecergasan fizikal selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi kerana ia dapat menambah berat badan dan membina otot," katanya.
Usaha keras Zeiler telah mengubah hidupnya menjadi bintang media sosial dengan lebih 11 juta view di Youtube dan kira-kira 68,000 pengikut di Facebook.
Dia turut berkongsi rutin senamannya di Youtube dengan harapan ia mampu menjadi inspirasi kepada orang lain. Dia juga mahu memberi ilham kepada orang lain yang mahu mencapai impian dalam hidup mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan