HOUSTON: Sebuah roket tanpa kendalian manusia milik Orbital Sciences Corporation meletup pada Selasa menyebabkan gumpalan api besar di udara sebelum terhempas ke Bumi, hanya beberapa saat selepas ia dilancarkan dari pusat pelancaran NASA di Houston.
Roket terbabit dilaporkan dalam misi menghantar barangan bantuan untuk kegunaan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
“(Roket) Antares mengalami kemalangan sejurus ia dilancarkan,” lapor pusat kawalan NASA, sambil menggelar insiden terbabit sebagai satu “malapetaka anomali.”
Berdasarkan pemerhatian, sejurus pengiraan pelancaran bermula, kelihatan api mula tercetus di bahagian ekor roket sebelum melonjak buat seketika ke udara dan terbakar, hanya 6 saat selepas itu.
Bebola api yang tercetus menyebabkan roket terhempas ke bumi, dan asap tebal menyelubungi sekitar kawasan pelancaran.
Sejurus kejadian, pihak keselamatan NASA pantas menutup kawasan sekitar dan menghalang saksi atau petugas memberikan sebarang wawancara dengan alasan barangan yang dibawa adalah barangan penting dan rahsia.
Sehingga kini belum diketahui apa yang menjadi punca letupan yang berlaku sekitar 6 petang waktu Houston itu.
Tiada sebarang kecderaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan