Lelaki itu yang dikenali sebagai Ma berada di Afrika selama enam bulan untuk bekerja dan sebaik pulang ke China dia mula berasa gatal di beberapa bahagian badannya.
Lelaki itu telah mendapatkan rawatan seorang pakar kulit di sebuah hospital di sini dan terkejut selepas doktor memberitahu bahawa terdapat ulat berenga di dalam badannya.
KEADAAN kulit Ma yang mengelupas selepas dimasuki ulat berenga. |
Doktor yang membuat satu pembedahan kecil kemudiannya berjaya mengeluarkan kira-kira 20 ekor ulat berenga dari dalam badan lelaki tersebut.
DUA ekor ular berenga yang dikeluarkan dari badan Ma. |
Ulat berenga tersebut dipercayai berasal daripada sejenis langau yang dikenali sebagai Tumbu dan gemar bertelur dalam badan manusia atau haiwan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan