Mungkin selepas pendedahan ini kegemaran anda makan cendol dengan rojak akan berubah. Makan rojak dan cendol yang dijual oleh warga asing yang kita sangkakan mamak dengan menaiki motor roda tiga atau lori kecil memang santai...tapi ini lah rahsia disebalik pembuatannya.
Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan di pinggir bandar ini.
Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.
Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.
Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.
Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui.
Hmmm...patut la laris dan sedap ada resepi rahsia rupanya. Terbukti warga asing memang pengotor.
LIHAT VIDEO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan