NUFFNANG

Selasa, Mei 05, 2015

Panas!!! Rentetan Tragedi Myvi Kuning FMC Lebuhraya Duke...

Sebuah rakaman litar tertutup didakwa merakam tindak tanduk pemandu Myvi yang berlumba di Lebuhraya Duke, Sabtu lepas telah dimuat naik dan menjadi viral.


VIDEO MYVI BERLUMBA DI LEBUHRAYA DUKE

Melalui rakaman berdurasi 29 saat berkenaan, didapati beberapa buah kenderaan termasuk beberapa buah Myvi yang dikatakan berjumlah 8 buah dipandu dengan laju berbanding kenderaan-kenderaan lain.

Video tersebut yang telah dikongsi hampir 7,000 pelayar dan ditonton lebih 130,000 pelayar lain dikatakan mampu menjadi bahan bukti untuk siasat pihak polis.

Sebelum ini, kemalangan awal pagi Sabtu lepas yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan dikatakan berpunca dari enam buah Myvi yang dikatakan berlumba sesama mereka.
...Tinggal kenangan
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.
Keadaan Pajero mangsa...
Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Saksi terawal ceritakan detik cemas kemalangan DUKE
Muhd Zaki Abdullah merupakan antara saksi terawal kejadian kemalangan lebuh raya DUKE
Muhd Zaki Abdullah merupakan antara saksi terawal kejadian kemalangan lebuh raya DUKE awal pagi tadi yang meragut tiga nyawa, pasangan suami isteri dan anak mereka berusia tujuh bulan.

Dia yang sedang memandu dari Setiawangsa menghala ke susur keluar Gombak berkata melihat beberapa kereta jenis Perodua Myvi yang berlumba dalam keadaan laju.

Video Saksi terawal ceritakan detik cemas kemalangan DUKE

“Ketika itu saya di lorong tengah. Selang 10 saat saya nampak  Pajero yang dipandu oleh mangsa berpusing dan mangsa  tercampak keluar.

“Sebuah Myvi dari lorong kanan melanggar Pajero itu di lorong tengah. Apabila Pajero cuba mengelak, ada sebuah lagi Myvi dari lorong kiri juga melanggar Pajero itu dan berpusing,” katanya

Wajah Sebenar Pemandu Myvi FMC Penyebab Kemalangan Maut Di DUKE Di Sebar...


Inilah Wajah Pemandu Kereta MyVi, Siti Noor Aini Yang Terlibat Nahas DUKE. Pemandu kereta Perodua MyVi yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan tiga nyawa di lebuhraya DUKE hujung minggu yang lepas, Siti Noor Aini telah ditahan semalam selepas mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur di atas kecederaannya akibat kemalangan itu.


Namun, dia telah dibebaskan pada hari yang sama selepas dirakam keterangan dan lulus ujian air kencing daripada sebarang najis dadah.

Pengguna Myvi pula jadi sasaran


SHAH ALAM - Belum pun reda serangan orang awam terhadap ahli Familia Myvi Club (FMC), kini ada dakwaan pengguna Myvi mula ‘diserang’ dengan kata-kata tohmahan orang awam.

Biarpun hanya dua pemandu Myvi terlibat dalam tragedi Lebuhraya Duke yang meragut tiga nyawa termasuk bayi, bahananya terpalit sama ke atas pengguna Myvi yang lain.

Terbaru memetik luahan seorang pengguna Facebook dengan nama Shahirah Azman yang mendakwa terkejut dengan tohmahan pengguna kenderaan lain sewaktu dia sedang memandu di jalan raya.

“Tadi saya memandu pada kelajuan 60 kilometer/sejam, saya buka tingkap semata-mata untuk menjimatkan minyak.

“… tiba-tiba ada kereta Perdana di sebelah saya dan jerit “Myvi tak guna”. Sekarang saya berfikir apa salah yang saya lakukan,” luahnya yang dikongsikan bersama di Myvi Club Malaysia (MCM).

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Nick Fadhlie Shah menasihatkan masyarakat supaya tidak menyasar dan menyalahkan pengguna Myvi atas kemalangan yang menimpa.

“Saya tidak faham, kenapa kereta #Myvi diviralkan? Saya juga pengguna Myvi tetapi saya tetap patuhi undang-undang jalan raya. Malah saya amat takut melanggar peraturan.

“… Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga sehinggakan ada (pengguna) yang sanggup edit (ubah suai) gambar menggunakan “emoticon” #Troll untuk perli pengguna Myvi. Kejadian yang berlaku di Lebuhraya #Duke sangat menyayat hati tetapi bukan kami pengguna Myvi yang harus disasarkan dan dipersalahkan,” luahnya.

Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas kira-kira pukul 1.05 pagi Sabtu membabitkan tiga kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya Duke.

Pasangan itu ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.


Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan Mitsubishi Pajero yang dipandu Fairuz Nizam dan dua Perodua Myvi.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: