NUFFNANG

Selasa, Mei 05, 2015

Video: Dia ingin Jadi Seperti 'Incredible Hulk', Ahli Bina Badan Suntik Lengan Dengan Minyak, Alkohol

SEORANG ahli bina badan yang ingin kelihatan seperti 'Incredible Hulk' mengambil risiko terhadap nyawanya sendiri dengan menyuntik minyak dan alkohol ke dalam lengannya sehingga menyebabkan kedua-dua tangannya nyaris dipotong.


Bapa kepada seorang anak itu, Romario Dos Santos Alves, 25 menggunakan bahan campuran minuman keras yang berbahaya atau 'synthol' ke dalam otot lengannya sehingga ia berukuran 25 inci namun dia kini berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius.

Bekas pengawal peribadi itu berkata, penggunaan sintetik 'synthol' itu telah menjejaskan tahap kewarasan dan mengancam nyawa apabila dia cuba untuk membunuh diri semasa isterinya sedang mengandung enam bulan.

Dia berkata, ototnya yang membengkak itu menakutkan kanak-kanak di kampung halamannya di Caldas Novas di Brazil dan mereka menggelarkan dirinya sebagai 'binatang' atau 'raksasa'.

"Jika anda ambilnya sekali sudah tentu akan ada kali kedua, ia akan jadi ketagih," katanya.

"Doktor ada beritahu saya mereka perlu potong kedua-dua tangan saya. Mereka kata semua otot saya mengeras.

"Saya mahu orang lain tahu bahawa tindakan ini berbahaya. Saya boleh mati hanya kerana saya mahu otot yang lebih besar. Ia sia-sia."

Alves mula ketagih dengan dadah selepas berpindah dari kampung halamannya ke Goiania di Brazil, tiga tahun lalu.

Katanya: "Saya ada melihat beberapa lelaki berbadan besar di gim yang mempunyai lengan yang besar dan saya mula berkawan dengan mereka.

"Mereka memperkenalkan saya dengan 'synthol' dan saya teruja dengan kesannya sehingga membuat saya tidak dapat mengawal diri.

Alves kemudiannya mula mencari jalan yang lebih berbahaya dengan menyuntik minyak ke dalam badannya.

"Otot-otot saya mula mengeras sehingga saya sendiri tidak dapat menyuntik lengan saya mengeras seperti batu," tambahnya.

"Selepas itu saya mengambil keputusan membeli jarum khas untuk menyuntik.

"Jarum jenis ini digunakan kepada lembu, tiada jarum yang lebih kuat lagi. Saya tahu ia kelihatan bodoh tetapi saya perlu membuat suntikan 'synthol'."

Malah dia memperdayakan isterinya, Marisangela Maringo, 22, untuk menyuntik badannya dengan minyak di beberapa bahagian yang tidak boleh dicapainya.

"Saya beritahu dia tak ada masalah dengannya, saya kata ia akan disingkirkan daripada badan dalam masa singkat.

Bagaimanapun isterinya meminta dia memilih antara dua sama ada mahu terus mengambil 'synthol' dan memutuskan hubungan mereka selepas menyedari perkara yang sebenar.

"Dia beritahu saya jika saya mula gunakan 'synthol' lagi atau apa-apa sahaja serupa denganya, dia akan meninggalkan saya," katanya.

"Ia merupakan waktu yang paling sukar dalam kehidupan kami kerana saya tertekan dan saya dibuang kerja kerana mahu membunuh diri," katanya.

Biseps Alves semakin membengkak sehingga berukuran 25 inci tetapi respons daripada orang ramai mengatakan tahap kewarasannya semakin merosot.

"Saya memutuskan untuk memperbetulkan cara saya dan saya tidak lagi mengambil sebarang dadah. Kami telah melalui waktu yang amat sukar dan hampir berputus asa," katanya.

Bahan yang disuntik ke dalam badannya sebelum ini kemudiannya menyebabkan rasa sakit berlarutan dan dia hampir mengalami kegagalan buah pinggang kerana kandungan toksin di dalam minyak yang diambil.

Seorang doktor memberitahu bahawa tindakannya itu akan menyebabkan kedua-dua tangannya akan dipotong.

"Isteri saya menangis selepas saya pergi ke hospital untuk rawatan pada pukul 5 pagi," tambahnya.

"Doktor beritahu sama ada otot saya akan terus mengeras atau tangan saya perlu dipotong.

"Bagaimanapun, saya bersyukar kepada Tuhan selepas doktor beritahu bahawa tangan saya tidak perlu dipotong, sebaliknya mereka hanya perlu membuang semua bahan 'synthol' yang mengeras dalam lengan saya."

Alves masih bercita-cita untuk menjadi seorang ahli bina badan yang profesional tetapi mahu mengamalkan cara yang sepatutnya.

Video: Dia ingin Jadi Seperti 'Incredible Hulk', Ahli Bina Badan Suntik Lengan Dengan Minyak, Alkohol

"Saya masih rasa mahu mengambil 'synthol' tetapi saya tidak mahu mengambilnya lagi. 

"Saya begitu menyesal. Cita-cita saya masih mahu menjadi seorang ahli bina badan tetapi perjalanan saya masih panjang untuk ke arah itu.

"Saya tahu saya akan mencapai hasrat itu suatu hari nanti," katanya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: