NUFFNANG

Ahad, September 20, 2015

Ketahui Apa Ada Di Sebalik Filem P.Ramlee

Selain elemen hiburan, filem-filem lakonan Allahyarham memang sarat dengan kritikan-kritikan sosial yang pedas lagi tajam.

Menonton filem-filem lakonan Allahyarham memang tidak menjemukan walaupun filem-filem itu telah ditonton berkali-kali, ia masih menghiburkan.


Alif, mim, nun, wau.... sarkis


Kritikan sosial yang dilontarkannya tetap relevan sepanjang zaman sehinggalah ke hari ini 2015.

Filem Pendekar Bujang Lapok.
Ini banyak yang disebut oleh orang ramai apabila Sudin menyebut Alif, mim, Nun Waw (UMNO)

Ramli : eh sudin.. ini apa bacanya
Sudin : Alif mim nun Waw… Alif tendang Waw sarkis daaaa...
Kisah ini benar dan di sebut oleh Aziz sendiri dalam temuramah di youtube mengenai UMNO. Sememangnya, P Ramlee sengaja merujuk UMNO sebagai parti sarkis.

Siapakah Penderhaka Dalam Malaysia - Seniman Aziz Sattar



Ikuti temubual Khas bersama Datuk aziz Sattar pelakun veteran mengenai Arwah Tan sri P.Ramlee. Hayati dan fikirkan...

Tetapi walaubagaimanapun setiap yang berlaku mungkin secara kebetulan atau sebaliknya. Wallahua’lam

Lihat sahaja bagaimana Allahyarham mengadaptasi sikap pembodek untuk mendapatkan keuntungan dan sikap seorang pemimpin bodoh dan pantang dibodek yang ada dalam masyarakat kita hari ini di dalam filem Tiga Abdul.

Tuan penasihat dalam Tiga Abdul

Dalam filem itu, gara-gara terlalu mempercayai nasihat yang diberikan ‘tuan penasihat 25 percent,’ Kassim Patalon, akhirnya Tuan Sadiq Sigaraga yang tamak telah dijual oleh menantunya yang bijak iaitu Abdul Wahub dan segala harta bendanya turut dirampas.

Saddiq Sigaraga & Kasim Patalon

Tuan penasihat, Kassim Patalon yang dibawakan oleh Salleh Kamil, merupakan penasihat yang bertanggungjawab sehingga mendorong Tuan Sadiq Sigaraga membuat beberapa keputusan salah yang merugikannya.

Sebagaimana Tuan Sadiq Sigaraga yang sepatutnya lebih berhati-hati menerima nasihat orang di sekelilingnya, para pemimpin negara hari ini juga patut berhati-hati dengan mereka yang kononnya sentiasa memberikan nasihat dan pandangan ke arah kebaikan.

Malangnya, ‘tuan penasihat 25 percent’ yang ada hari ini bukan sahaja memberi nasihat yang membawa rebah, malah mereka juga bersedia ber’kuntau’ mempertahankan tindakan salah pemimpin mereka yang akhirnya merugikan banyak pihak termasuk masyarakat negara ini umumnya.

Berniaga ala penyamun Do, Re, Mi

Begitu juga dengan adegan Do, Re dan Mi yang berpakaian segak, siap bertali leher dan memakai topeng ala Lone Ranger cuba menjual berus gigi di sebuah rumah.

Jual Berus Gigi - Do Re Mi - P.Ramlee

Dalam adegan itu, kita dapat menyaksikan bagaimana tuan rumah itu dipaksa oleh Do, Re dan Mi agar membeli berus gigi walaupun beliau tidaklah memerlukannya.

Tuan rumah tersebut bukan sahaja dipaksa beberapa batang berus gigi sekaligus, bahkan harganya juga berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding harga sebenar yang dijual di pasaran.

Oleh kerana dipaksa oleh Do, Re dan Mi, tuan rumah tersebut terpaksa juga membelinya walaupun beliau menyedari akan harganya yang mahal dan beliau tentulah tidak memerlukan lebih dari sebatang berus gigi sekaligus.

Bagaimanapun beliau bernasib baik apabila muncul anak saudara beliau yang ketika itu berpakaian seragam anggota polis hingga menyebabkan Do, Re dan Mi ketakutan dan lari lintang-pukang.

Ketika anak saudara tuan rumah cuba mengejar Do, Re dan Mi, tuan rumah itu sempat menghalang dan berkata “Eh Mat, jangan tangkap mereka, mereka tu bukannya pencuri, tetapi orang berniaga,” katanya sekaligus mematikan langkah anak saudaranya itu.

Berniaga ala penyamun seperti yang dipraktikkan oleh Do, Re dan Mi ini memang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini khususnya  yang melibatkan projek-projek kontroversi apabila kegiatan menyamun mereka ini diberikan lesen dan berselindung di atas nama perniagaan.

Pemerintah dalam Musang Berjanggut

(Adegan Pusapawangi dan Tok kadi)
Pusawangi : Kanda, bolehkah adinda bertanya tentang undang-undang negeri di sini?
Tok Kadi     : Boleh apa salahnya. Undang-undang apa dinda?
Puspawangi: salah atau tidak jikalau seseoang lelaki masuk ke rumah seorang perempuan di kala suaminya tiada di rumah
Tok kadi  : Itu salah besar salah besar.
Puspawangi: Kalau macam tu, kanda ni pun salahlah
Tok Kadi  : salah jugak la. Tapi itu tak jadi apa. Sebab undang-undang dalam negeri kanda yang bikin...ITU SEMUA BOLEH PADAM!

Musang Berjanggut - Babak Dato Nikah Kawin

Begitulah kritikan P Ramlee terhadap pentadbiran negara. Undang-undang mereka tulis dan padam sesuka hati mengikut hawa nafsu mereka

Demikian juga dengan kritikan Allahyarham terhadap sikap sesetengah pemerintah yang kadang-kala bukan sahaja tidak menggambarkan tingkah laku seorang pemimpin, malah memalukan.

Antaranya, dalam filem Musang Berjanggut, di mana Sultan Alam Shahbana sendiri dan beberapa pembesar negara dalam diam-diam masing-masing jatuh hati kepada Puspa Wangi iaitu menantu baginda sendiri.

Akhirnya dalam filem itu kita dapat saksikan bagaimana gara-gara tidak dapat mengawal nafsu melihat wanita berdahi licin, sultan dan para pembesar telah diperbodohkan oleh Puspa Wangi yang bijak itu.

Selain filem Musang Berjanggut, filem Nujum Pak Belalang turut menampilkan watak pemerintah dari dua negara, Sultan Shahrul Nizam dan Sultan Masai yang sanggup mempertaruhkan kerajaan masing-masing hanya dalam pertandingan teka-teki.

Selain dikuasai keinginan meluaskan jajahan takluk masing-masing, Sultan Shahrul Nizam turut ditonjolkan sebagai seseorang yang sanggup bertindak apa sahaja asalkan kemahuannya dapat dipenuhi.

Ia dapat dilihat apabila baginda sultan mengancam untuk menjatuhkan hukuman pancung terhadap Pak Belalang dan memenjarakan Datuk Penghulu sekiranya Pak Belalang gagal menilik lokasi persembunyian harta diraja dan mahkotanya yang hilang dicuri penyamun.

Bukan sekali nyawa Pak Belalang berada di hujung keris Baginda Sultan, beliau turut diancam dengan hukuman yang sama sekiranya Ahli Nujum Negara itu gagal mengesan lokasi puterinya, Puteri Si Bujur Sireh disembunyikan oleh dua penyamun dan Sultan Masai.

Kerana nafsu, negara tergadai

Dalam filem Musang Berjanggut dan Nujum Pak Belalang ini jelas suatu kritikan terhadap golongan pemerintah agar menjauhi sikap tamak dan tidak berfikir panjang.

Nujum Pak Belalang - Teka-teki

Dua filem ini turut memaparkan kecenderungan golongan berkuasa menggunakan kuasa untuk menurut kemahuan nafsu, kepentingan diri dan keinginan terus berkuasa walaupun tindakan itu akhirnya mengakibatkan negara tergadai dan ada nyawa melayang gara-gara dijadikan kambing hitam.

Hari ini, tindakan demi kepentingan diri dan menurut kehendak nafsu ini akhirnya menyebabkan anasir luar mudah mengambil kesempatan untuk mengugut, memaksa kita menggadaikan maruah, prinsip, kepentingan dan kedaulatan kepada opurtunis luar demi mengelakkan dari tembelang diri terburai.

Kritikan sosial tajam dan pedas oleh P Ramlee melalui karya-karyanya bukanlah setakat yang disebutkan tadi, malah beberapa karya beliau yang lain turut sarat mengandungi pelbagai maksud yang tersirat dan kekal relevan sepanjang zaman.

Hari ini, meskipun setelah lebih tiga dekad P Ramlee meninggalkan kita, beliau terus ‘hidup’ menerusi karya-karyanya dan kritikan sosial dan ‘kehadirannya’ dalam masyarakat hari ini masih tetap dirasai.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: