NUFFNANG

Sabtu, Oktober 10, 2015

ORANG MISTERI BERI MAKANAN DALAM HUTAN...

"ORANG MISTERI BERI MAKANAN DALAM HUTAN..."

Salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.

Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya Midah Angah, 38,  ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik mangsa ditemui pasukan penyelamat tengah hari semalam.

Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.

"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.

Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang’ menyebabkan mereka masih hidup.

“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya.

Jika benar dakwaan kanak-kanak itu, Siapakah orang misteri yang dimaksudkan? Sebenarnya hutan menyinpan seribu misteri yang diluar jangkauan manusia...

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: