NUFFNANG

Sabtu, November 07, 2015

RAHSIA BUAH NANAS YANG RAMAI TAK TAHU...

Sebut saja nanas, mesti ramai yang akan cakap Pasal ‘bisa’ dan ‘ketajaman’ berbanding rahsia yang terkandung di dalamnya.

Mungkin sebab susah untuk mengupas dan mendapatkan isinya atau mungkin juga kerana pengaruh ramai orang tentang bahaya buah jenis ini. Itulah sebabnya buah ini tak popular.

Nanas juga dipanggil Ananas Comosus dalam nama Latin dan berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay.
BUAH YANG DIPANDANG SEPI...
khasiatnya dalam penyembuhan penyakit seperti:

1) Mengatasi sembelit

Jangan runsing setiap kali anda mengalami masalah sembelit, cubalah meminum jus nanas yang diperah dari buah separuh masak. Pilihlah buah nanas yang agak masam untuk dibuat jus.

2) Mencegah kanser

Buah nanas membekalkan vitamin A dan C yang menjadi antioksida kepada tubuh badan manusia.

Antioksida penting untuk menghalang radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.

3) Melancarkan haid

Buah nanas muda berpotensi sebagai abortivum, iaitu sejenis ubat yang dapat menggugurkan kandungan.

Oleh sebab itu, wanita disarankan memakan nanas ketika haid untuk melancarkan haid.

Namun bagi wanita hamil, nanas mungkin berupaya membawa kesan buruk kepada kandungan anda. Oleh itu, elakkan memakan nanas ketika mengandung.

4) Meningkatkan gula dalam darah

Nanas memiliki kadar gula asli yang tinggi. Bagi pesakit yang mengalami kadar gula rendah, mengamalkan meminum nanas dapat membantu meningkatkan kadar gula dalam darah.

Namun awas! Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan penyakit kencing manis.

5) Mengatasi radang kulit

Masalah radang kulit dapat diatasi dengan menggosok buah nanas yang diparut terus ke kulit.

Cuma perlu ambil setengah biji buah nanas yang sudah masak. Kupas dan parut. Gosok hasil parutan nanas pada bahagian yang mengelupas dan bersisik.

6) Menurunkan berat badan

Nanas juga selain dimakan untuk menghindari penyakit, ia juga dapat mengawal berat badan.

Enzim proteiolitik dalam nanas mampu menyerap lebihan lemak yang terkandung dalam badan dan menyalurkannya terus bersama bahan cernaan.

Selain itu, vitamin C yang terkandung dalam nanas juga dapat menggiatkan proses pembakaran lemak dalam badan.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: