Al-Fatihah..... semoga Allah Mencucuri rahmat ke atas roh beliau. |
Status yang dimuat naik di laman Instagram milik Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar |
Jenazah YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.
Baginda dipercayai mengidap sakit kanser hati sejak setahun lalu dan telah menjalani pembedahan awal tahun ini.
Berikut ialah sebahagian latar belakang sakit Tengku Jalil yang dimaklumkan sendiri oleh Tuanku Sultan Johor dalam wawancara dengan The Star Mac lalu.
Catatan terakhir Tengku Jalil pada 30 November lalu... |
J: Anakanda Beta berada dalam keadaan baik dan sihat selepas menjalani pembedahan dan syukur kepada Allah. Lima tahun lagi akan menjadi tempoh penting buat Tunku Jalil kerana anakanda perlu mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang baik.
Beta bersyukur kerana Tunku Jalil masih hidup dan itu menjadi satu sebab Beta mengeluarkan belanja sebanyak RM10 juta bagi menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser yang tidak mampu mendapatkan rawatan yang mahal.
Tunku Jalil sangat bertuah kerana menjadi anakanda Beta. Beta faham tentang penderitaan mengalami kanser tahap empat. Malah anakanda Beta juga tidak percaya berjaya meneruskan hidup, begitu juga dengan Beta. Beta mahu yayasan ini menjadi pemangkin supaya pihak lain boleh menghulurkan derma melalui yayasan ini.
Kami hanya mengetahui tentang kanser tersebut pada tahun lalu selepas Tunku Jalil mengadu tentang sakit bahu dan hanya dirawat di Hospital Besar tempatan yang hanya memberikan anakanda ubat tahan sakit dan pil tidur.
Catatan terakhir Tengku Jalil pada 30 November lalu... |
Beta berasa berterima kasih kerana prosedur tersebut berjalan lancar dan dijaga dengan baik ketika di China. Pihak perubatan di China juga berbesar hati untuk membantu anakanda Beta sehingga sanggup menghantar dua doktor ke Singapura bagi berbincang dengan pakar bedah di Singapura. Malah mereka menyediakan doktor dan jururawat yang boleh berbahasa Inggeris bagi memudahkan komunikasi.
Catatan terakhir Tengku Jalil pada 30 November lalu... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan