NUFFNANG

Rabu, Disember 09, 2015

Angkara Lubang Di Topi Keledar Ini Bomba Terpaksa Dipanggil


Admin tidak pernah terfikir sama sekali lubang angin yang berada ditepi topi keledar boleh mendatangkan bahaya. Memang betul kata orang tua dulu-dulu "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya".

Di Seri Manjung remaja lelaki terpaksa menanggung kesakitan bila jarinya tersekat dalam lubang topi keledar.

Dalam kejadian itu, remaja berkenaan yang baru pulang dari makan malam membawa topi keledar  miliknya itu dengan menyangkut dan memasukkan jari hantunya dalam lubang tersebut..

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Mohd Nasir Shapiai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.21 malam dan tiga anggota bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa memegang topi keledar dengan memasukkan jari tengah di lubang topi keledar berkenaan.

“Bagaimanapun jari remaja itu tersekat pada topi keledar itu dan gagal dikeluarkan walaupun beberapa rakannya cuba membantu.
“Akhirnya mereka terpaksa hubungi  bomba kerana segala usaha dilakukan untuk mengeluarkan jari itu gagal dan bimbang jari mangsa tercedera,” katanya.

Mohd Nasir berkata, remaja itu terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira 10 minit sebelum anggotanya berjaya menanggalkan topi keledar itu dari jari mangsa.

“Kami mengurut jari mangsa dengan menggunakan minyak dan membuka penutup bahagian dalam topi keledar itu.
“Setelah 10 minit usaha itu dilakukan, akhirnya jari remaja itu berjaya dikeluarkan dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Macam-macam kerja Bomba, Dari hal besar sampai hal yang remeh temeh. Nasib baik jari budak terbabit tidak kena potong.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: