NUFFNANG

Isnin, Disember 07, 2015

Kisah Badang Bukan Dongeng Lesung Batunya Ada Terdampar Di Kampung Johor Lama

LESUNG badang antara bahan peninggalan lama terdapat di Kampung Kota Johor Lama di Kota Tinggi Johor.
Kisah Badang Bukan Dongeng Lesung Batunya Ada Terdampar Di Kampung Johor Lama 
Badang lahir di Kampung Sayong, sebuah kawasan berhampiran dengan Kota Tinggi dan merupakan seorang hamba abdi
Pasti pernah mendengar cerita tentang si Badang, sebuah kisah yang amat berkait rapat dengan kerajaan Temasek dan Siam sekitar tahun 1300 atau 1400 Masihi.

Jalan Menuju Ke Kampung Johor Lama
Menurut Pemangku Ketua Kampung Johor Lama, Mohd Amin Jantan, Badang adalah cerita terkenal di Temasek (Singapura) dan seterusnya menjadi hikayat sejak kewujudan kerajaan Johor Lama.

“Badang lahir di Kampung Sayong, sebuah kawasan berhampiran dengan Kota Tinggi dan merupakan seorang hamba abdi.
Badang menjadi kuat selepas dikatakan memakan muntah hantu
“Banyak kisah-kisah badang dan ramai yang tahu kisahnya menjadi kuat selepas memakan muntah hantu,” katanya.

Menurut Mohd Amin, banyak lagi kisah kekuatan badang diceritakan berbanding yang sering didengar seperti membelah batu dan mengangkat para yang diduduk ramai orang.

“Selain kisah bertarung dengan Nadi Bijaya, Badang turut bekerjasama dengan Benderang iaitu orang kuat Raja Perlak untuk menarik rantai besi bagi menghalang kapal masuk di sebatang sungai di Temasek yang berhampiran dengan Sungai Johor.

“Tujuannya hanyalah untuk menghalang kapal yang boleh merosakkan tebing-tebing sungai dan mengganggu nelayan menangkap ikan.
Sungai Johor Sekarang
“Selain itu, Badang juga pernah menolak kapal baharu selepas gagal ditarik lebih 40 orang untuk turun ke laut dan sebuah lagi cerita ialah Pulau Layang yang terletak di tengah-tengah Sungai Johor itu kononnya adalah secekak sayur dibaling oleh Badang kerana marah dengan seorang penduduk tempatan.

“Begitulah hikayat si Badang yang makamnya terletak di Kepulauan Riau, Indonesia. Kisahnya masih disebut-sebut hingga ke hari ini,” ujarnya.

VIDEO KAMPUNG JOHOR LAMA DI KOTA TINGGI JOHOR

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: