NUFFNANG

Ahad, Disember 27, 2015

Hidup dengan separuh badan

Seekor ikan air tawar Thailand masih hidup  meskipun separuh badannya hilang.
Dimanakah terletaknya nyawa? dibadan? dikepala? dikaki? atau dikeseluruhan badan? yang pasti dimana terletaknya nyawa hanya Allah yang mengetahuinya. Apa kaitan nyawa dengan berita ini? Mari kita baca dan lihat video ini seterusnya.


Seekor ikan air tawar di Thailand layak digelar ikan ajaib selepas masih hidup meski­pun sebahagian badannya terma­suk ekor sudah tidak lagi wujud selepas tulang bahagian belakangnya patah dan mereput.

Lebih menghairankan, ikan yang dikenali dengan nama saintifik Hypsibarbus wetmorei itu masih mampu bertahan dan diletakkan di dalam sebuah akuarium di sebuah pasar Thailand pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang simpati dengan nasib ikan itu kemudiannya mengambil haiwan berkenaan dan membawanya pulang ke rumah.

Watchara Chote dari wilayah Ratchaburi kemudiannya menamakan haiwan peliharaannya itu sebagai ‘I-Half’.

Mail Online melaporkan, Wat­chara, 36, sempat memelihara ­I-Half selama enam bulan.

Dalam tempoh itu, Watchara membawa ikan peliharaannya itu ke beberapa buah kampung untuk menunjukkan kelebihan yang dimiliki I-Half.

Namun, kegembiraan mereka tidak lama selepas I-Half akhirnya mati, baru-baru ini.

VIDEO : Hidup dengan separuh badan di Thailand
Ikan yang hanya tinggal kepala ditangkap nelayan di kepulauan Maldives juga masih hidup dan berenang seperti kikan biasa
Untuk pengetahuan anda ini bukan kes pertama ikan mampu hidup walaupun tinggal separuh badan. Nelayan di kepulauan Maldives juga pernah tertangkap ikan yang hanya tinggal kepala yang masih hidup dan berenang-renang seperti ikan yang sempurna.

BACA SETERUSNYA PENEMUAN IKAN TINGGAL KEPALA DI KEPULAUAN MALDIVES...

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: