NUFFNANG

Isnin, Disember 21, 2015

Tunjuk Isyarat Lucah, Pemandu Viva Tidak Sangka Orang Yang Ada Dalam Kereta Tersebut DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tunjuk Isyarat Lucah, Pemandu Viva Tidak Sangka Orang Yang Ada Dalam Kereta Tersebut DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. 
JOHOR BAHARU 21 Dis. - Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana dipercayai menunjukkan isyarat lucah sewaktu konvoi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui Kilometer 95, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Yong Peng.

Suspek yang memandu kenderaan jenis Perodua Viva warna putih telah menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan lucah dengan tangan kanan.
Polis mengesahkan individu yang menunjukkan isyarat lucah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pagi semalam sudah ditahan untuk soal siasat. – Gambar Facebook, 21 Disember, 2015.

Pengadu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis pengadu kepada pemandu lelaki melayu tersebut dan bertanyakan adakah dia ada menunjukkan isyarat lucah tersebut dan beliau mengaku ada menunjukkan secara lisan dan anggota yang mengiringi DYMM Sultan Johor terus menangkap lelaki tersebut dan telah meminta butir-butir suspek.

Saspek juga ditangkap untuk ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik IPD Batu Pahat.
Saspek dikatakan dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor
Hasil soal siasat ke atas saspek mendapati bahawa saspek dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga.

Saspek mengakui perbuatan tetapi menyatakan bahawa tidak menyangkakan orang yang ada dalam  kereta tersebut DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Lelaki berasal dari Serendah di tahan kerana ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Kereta suspek yang ditahan
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang mengesahkannya berkata, pada kejadian kira-kira 11.20 pagi itu, suspek yang menaiki kereta Perodua Viva dipercayai menunjukkan isyarat berkenaan ketika Sultan Johor berangkat pulang daripada lawatan baginda di Muar.

Suspek kini dalam tahanan polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan. Wan Ahmad Najmuddin berkata suspek kini direman empat hari untuk siasatan.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: