NUFFNANG

Ahad, Januari 10, 2016

VIDEO LEMBU KECELARUAN IDENTITI DIA INGAT DIRINYA SEEKOR KUCING AGAKNYA...

Sedutan rakaman video menunjukkan seekor lembu memanjat bumbung bangsal di Turki sebelum melompat ke tanah tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kita biasa melihat kucing atau tupai meniti bumbung bangunan sebelum melompat ke bawah tanpa mengalami sebarang kecederaan. Tetapi di Istanbul Turki, aksi seekor lembu melakukan perkara sama sempat dirakamkan apabila haiwan ternakan itu meniti bumbung sebuah bangsal setinggi dua tingkat, sekali gus mengejutkan sekumpulan penduduk tempatan.


Lembu bertompok hitam dan putih melakukan aksi yang lebih mendebarkan apabila itu memberanikan diri untuk melompat ke bawah dan mendarat dengan baik tanpa mengalami sebarang kecederaan.


Lokasi sebenar insiden tersebut tidak dapat dipastikan dan penduduk tempatan juga tidak pasti bagaimana lembu berkenaan boleh berada di atas bumbung bangsal itu.



Beberapa orang penduduk yang berada di lokasi kejadian hanya mampu tertawa melihat kejadian berkenaan dan memeriksa lembu itu sama ada dia mengalami kecederaan semasa melakukan aksi luar biasa tersebut.

Mungkin lembu ini kecelaruan identiti agaknya...menyangka dirinya seekor kucing yang comel dan boleh melompat kesana sini dengan mudah, Tetapi hakikat dia hanyalah seekor lembu.

VIDEO LEMBU KECELARUAN IDENTITI DIA INGAT DIRINYA SEEKOR KUCING AGAKNYA...

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: