NUFFNANG

Sabtu, Mei 27, 2017

APA ADA DALAM PERIA KATAK?



PERNAH DENGAR TENTANG OKINAWA? Mereka ini adalah populasi manusia yang hidup paling tua di dunia, tinggal di kepulauan Okinawa, Jepun.

Setakat hendak tengok orang-orang tua umur 90 tahun - 100 tahun naik basikal pergi pasar tu senang sangat, kerana rata-rata mereka hidup 90 - 110 tahun ! Kita kat sini?? hihi...


Antara rahsia mereka adalah Diet yang di amalkan! Dan salah satu makanan utama mereka adalah Bitter Gourd atau nama melayunya Peria Katak.

Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.

Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina kerana mereka tahu kehebatan peria katak.  Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.

Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.

Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria katak mempunyai kulit yang berkedut-kedut.

Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal.

Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.

Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis.

Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.

Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir.
Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.

Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.


Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: