NUFFNANG

Jumaat, Mei 12, 2017

KETAHUI TENTANG HANTU AIR YANG SEBENARNYA

KETIKA itu pukul 10 pagi, 21 September 1991. Tiga orang pemuda sedang pantas berlumba renang di dalam tasik sebuah kelab golf di Kuching, Sarawak. Ketiga-tiga mereka ialah pekerja kelab tersebut dan hanya memakai seluar jean saja.

Di tebing, rakan-rakan bersorak memberikan sokongan. Siapa yang akan menang?

Suasana riuh itu bagaimanapun bertukar cemas apabila pemuda yang di belakang sekali tiba-tiba menjerit meminta tolong. Dia terkapai-kapai tenggelam timbul. Sudah ajalnya, pemuda itu mati lemas sebelum kawan-kawan sempat menyelamatkannya. Mayat pemuda berkenaan, Mohd. Ali Abang Gapar, 21, ditemui beberapa jam kemudian dan dikebumikan keesokan harinya.

Tetapi bukan kisah tragedi yang hendak saya ceritakan. Sekitar pukul 11.00 malam seminggu kemudian, seorang pengawal terdengar bunyi orang sedang berenang di tasik berkenaan. Bunyinya begitu jelas. Dia segera berlari untuk mengarahkan orang itu meninggalkan tasik.
 Yang kelihatan hanya buih-buih timbul...
Namun apabila sampai di tasik, pengawal keselamatan tersebut terpinga-pinga. Tiada sesiapa, malah air tasik pun tenang sahaja. Yang kelihatan hanya buih-buih timbul ke permukaan, betul-betul di tempat Mohd. Ali lemas, seperti ada seseorang yang sedang bergelut di dasarnya.

Juga di Sarawak, kali ini di Lubuk Antu, sekitar Februari 1995. Senja itu seorang kenalan bernama Jamaluddin Ilis, melihat ada seorang gadis berpakaian putih sedang duduk di kerusi taman, tidak jauh dari bangunan Pejabat Daerah Lubuk Antu.

Rambut gadis itu panjang melepasi pinggang. Siapa dia, Jamaluddin tidak pasti kerana si gadis duduk membelakangkannya.

Seminit di situ, si gadis tiba-tiba bangun dan berjalan menuju ke arah sebuah batu besar di tebing sungai yang terletak hanya beberapa meter dari situ. Jamaluddin berlari mendapatkannya. Dia risau kerana tebing sungai itu agak curam. Namun seperti kisah pertama tadi, apabila sampai, tiada sesiapa yang kelihatan.

Kalau begitu, siapa yang dilihat oleh Jamaluddin?

Anda pernah ke Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang? Untuk makluman anda, di kampung itu juga ada cerita misterinya. Lebih 20 tahun lalu, sebuah kereta terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika dipandu melintasi jambatan yang merentanginya. Kemalangan itu mengorbankan pemandunya, seorang jururawat muda.
Penduduk sering terdengar suara tangisan di tempat kejadian...
Ekoran kejadian itu, sampai sekarang sekali-sekala pada lewat malam akan kedengaran bunyi sesuatu jatuh ke air, diikuti suara orang terbatuk-batuk, menangis dan menjerit minta tolong.

Apakah yang mengganggu tempat-tempat yang disebutkan itu? Pasti jawapan kita ialah hantu. Lebih tepat lagi, hantu air. Hantu air ini menjelma dengan pelbagai rupa dan bunyi-bunyi yang menakutkan.

Bagaimana dengan kajian paranormal Barat? Berlawanan dengan pandangan tradisi kita, mereka menafikan jelmaan-jelmaan itu ialah hantu. Terdapat pelbagai teori boleh digunakan, namun bagi memudahkan pemahaman anda, elok kalau kita melihatnya dari sudut rakaman visual dahulu.

Penyelidikan paranormal Barat mendapati benda-benda mati seperti batu, perabot serta dinding konkrit adalah medium yang boleh merakam visual dan kemudian menayangnya semula. Bagaimanapun, ia tidak sekuat air. Air dikenal pasti sebagai perakam tenaga serta visual yang sangat baik.

Teori ini dikemukakan oleh ahli psikologi dan arkeologi terkenal Universiti Cambridge, England, Thomas Charles Lethbridge, lebih kurang setengah abad yang lalu. Ia bermula apabila Lethbridge melihat seorang wanita tua berpakaian silam mundar-mandir berhampiran sebuah rumah, tidak jauh dari kediamannya di Devon.

Lethbridge bertanya kepada pemilik rumah tersebut, siapa gerangan wanita tua itu? Jawapan yang diterimanya amat mengejutkan. Tidak ada wanita tua tinggal di situ!

Hasil penyelidikan yang agak lama, Lethbridge mendapati semua ini berlaku kerana air. Terdapat aliran sungai bawah tanah di tempat jelmaan wanita tua berpakaian silam itu muncul. Lethbridge dan isterinya malah dapat merasakan getaran tenaga elektrik apabila berdiri betul-betul di atas aliran sungai tersebut.

Selain itu, Lethbridge juga membuat kajian tentang penampakan-penampakan misteri di sebatang sungai kecil berhampiran Teluk Ledrom, Devon, tempat kejadian bunuh diri berlaku beberapa tahun sebelum itu.
Air mampu merakam kejadian lemas dan menayangkan semula pada waktu-waktu tertentu...
Kajian saintifik dilakukan dan akhirnya Lethbridge merumuskan, rupa-rupanya air seperti pita keset, air juga mampu merakam tenaga dan visual.

Teori ini bertambah kukuh selepas kajian yang dilakukan oleh pakar imunologi Perancis, Profesor Jacques Benveniste pada 1980-an. Semasa membuat penyelidikan tentang reaksi darah terhadap alahan, Benveniste mendapati darah (cecair) mempunyai memori (water memory). Biarpun alahan telah berakhir, tetapi memori darah itu tetap kekal.

Kajian Benveniste seterusnya mendapati memori sesuatu cecair boleh dipindah dan diterapkan kepada cecair lain. Penemuan itu diuji oleh ramai saintis dan mereka bersetuju dengan penemuan Benveniste.

Anda masih kurang yakin? Atau, anda keliru? Kalau begitu, saya berikan satu penjelasan yang cukup mudah dan sangat terkenal.
Masaru Emoto telah berjaya membuktikan air mampu merakam...
Mungkin anda pernah dengar tentang seorang penyelidik Jepun bernama Masaru Emoto yang membuat kajian terhadap struktur molekul air. Kajian Emoto itu mendapati, apabila air dicaci dengan kata-kata kesat, molekul-molekulnya berubah bentuk menjadi buruk dan gelap.

Keadaan ini berbeza apabila diucapkan puji-pujian dan kata-kata manis. Molekul air didapati berubah menjadi sangat cantik dan bersinar-sinar. Emoto juga mendapati molekul air yang paling cantik ialah air zamzam.

Ini membuktikan air adalah penyerap tenaga dan memori yang sangat baik. Emosi marah dan gembira juga mempunyai tenaganya yang tersendiri.

Bagaimana kaitannya dengan manusia dan hantu??? Jawapannya, bukankah 90 peratus daripada tubuh kita adalah cecair? Apabila cecair (tubuh dan emosi) bergetar, ia akan menghasilkan cas elektromagnet. Cas inilah yang merakam memori ke dalam darah atau cecair.

Selain itu, jangan terkejut, pakar perubatan semula jadi AS, Dr. David Schweitzer telah membuktikan bahawa imej yang dibayangkan di dalam minda kita bukan setakat boleh dipindahkan ke dalam air, malah boleh dirakam gambarnya!
Penayangn semula oleh air yang bersifat merakam inilah yang sering di anggap sebagai "HANTU AIR"
Sekarang saya ulangi lagi; Airlah yang telah merakam visual dan tenaga emosi yang berlaku di tempat-tempat misteri itu, kemudian menayangkannya semula kepada kita pada waktu-waktu tertentu.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: