NUFFNANG

Ahad, Julai 15, 2018

KISAH BENAR MASUK KAMPUNG ORANG BUNIAN...


KISAH BENAR MASUK KAMPUNG ORANG BUNIAN...
Ramai yang ketawa terbahak-bahak apabila saya mendakwa telah berkomunikasi dengan orang bunian untuk mendapat gambaran yang sebenar mengenai alam itu.

Kisahnya begini, bersama seorang ustaz dari Johor saya berpeluang melawat perkampungan bunian dan bersembang dengan “Tok penghulu” kampung tersebut.

Ketika memasuki kampung bunian itu, saya dapat melihat gadis cantik serta lelaki kacak tetapi tidak dibenarkan menjawab salam mereka melainkan didalam hati.

“Kalau saya jawab, ustaz yang bawa saya kata saya tak boleh kembali ke alam nyata,”....walahualam.

Saya hanya dibawa dikawasan perkampungan bunian sahaja. Itu pun sudah kelihatan terlalu indah bagaikan berada disyurga.

Dengan suasana perkampungan yang berkabus dan tersangat nyaman. Bunga-bungaan yang mekar harum semerbak. Menurut ustaz yang membawa saya ada bandar bunian sebenarnya. Lebih canggih dari bandar manusia biasa. Ustaz tu kata lain kali dia akan bawa saya melawat kebandar bunian pula.

Sebenarnya ada empat kaum bunian iaitu kaum Mondo yang (berwajah hodoh), kaum Huqni (kerdil), Miraun (berbadan sasa) dan Al-Himmah (ulama bunian). Begitulah gambarannya.

Senang ke nak masuk alam bunian?

Susah juga. Saya kena puasa tujuh hari berturut-turut. Buka puasa hanya boleh minum air dan makan buah saja.

Proses nak masuk alam bunian.

Saya dengan ustaz tersebut berada dilereng gunung dekat Puncak Gunung Pulai tu kira-kira pukul 1 pagi. Ustaz tu pesan suruh saya duduk diam-diam dan pejam mata. Bila saya buka mata, nampak satu perkampungan. Bila pandang belakang nampak hutan. Ustaz itu suruh saya langkah kaki kanan. Kaki kanan tu sebenarnya dah di alam bunian sementara kaki kiri masih alam nyata. Bila dua belah kaki langkah sempadan tu, terus kelihatan keseluruhan kampung bunian. Di alam nyata malam tapi di alam dia orang siang.

Apa perbezaan bunian dan manusia?

Kampung bunian yang saya pergi itu orangnya alim-alim. Perempuan bertudung semuanya. Dia orang bercakap macam kita tapi bahasa baku sikit macam yang kita dengar dalam filem melayu 60 an.

Bezanya dia orang tak ada lekuk di bawah hidung orang tua-tua panggil lekuk atas bibir tu "Cucur emas". Kata datuk saya kalau kita pergi kepasar-pasar yang ramai orang cuba perhatikan dalam ramai-ramai orang tu bukan semuanya manusia tapi ada yang makhluk bunian cuma kita tak perasan saja.

Dia orang jamu kami makan goreng pisang. Besar pisang dia. Rasa tak manis dan tak tawar. Air teh pula tak macam teh kita. Lain sikit. Saya rasa masuk sana 45 minit tapi rupa-rupanya dah dekat empat, lima jam. Jam tangan tak boleh bawa masuk. Itu syaratnya.

Ada pantang larang?

Ada. Kita tak boleh pergi dekat orang bunian tu jika dipanggil. Kalau ada yang bagi salam pun tak boleh jawab sebab takut nanti kita tak boleh keluar ke alam nyata. Jawab pun dalam hati saja. Saya cuma angkat tangan jika ada orang bagi salam.

Dengar cerita macam tak logik...

Saya cakap memang orang tak percaya pun. Macam nilah. Bila orang cerita kisah manusia kena rasuk hantu syaitan, kita percaya tak? Bila cerita tak percaya tapi bila kita terkena barulah kita rasa. Lepas ni kalau ada orang nak tipu saya pasal bunian saya dah tahu semuanya. Tak boleh nak kelentong lagi sebab saya dah masuk dan rasai alam dia.

Nak percaya, percayalah. Tak percaya, nak buat macam mana? Inilah pengalaman kawan saya yang pernah masuk dan alami sendiri suasana diperkampungan bunian.


9 ulasan:

Unknown berkata...

Menarik...cerita lh lg...ap yg kta xthu tntg mreka

Jai berkata...

Blh sy wsp 0177947073

Adam berkata...

Saya percaya kisah bunian ni, sbb pernah alami kejadian yg sangat real.

Cahaya Hati berkata...

Hanya masuk melalui mimpi...tapi teknologi mereka canggih..kereta pun besar ..rumah ada moden dan tradisional...

RouY Isadore berkata...

Salam.. Beruntungnya saudara dapat menjenguk ke alam bunian. Alam yang saudara pergi tu mestinya perkampungan bunian dari bangsa Al-Himmah. Saya sangat teringin untuk masuk dan berkenalan dengan bunian. Namun saya ni manusia penuh dosa.. Huhuhu... Bagaimana agaknya kalau saya nak menemui mereka?

Unknown berkata...

Assalamualaikum betul ke tuu?saya teringin nak sangat nak ketemu org mcm bunian tuu.abg ada tanya apa2 tak soal agama dan akidah tentang kehidupan kita ne dengan mereka. Dan seumpama nyaa saya nak cerita lebih lanjut mengenai mereka ne..boleh?

Tanpa Nama berkata...

Salaam...apa yg cuba diceritakan mmg sya percaya tp blh kah sekiranya anda tlg sya ketemukan sya dgn ustaz tu kerna sya lesbian d sne..sya berharap jika anda dpt menolong sya

mass berkata...

Salaam...ape yg d citakn dlm ni mmg sya percaya tp d kesempatan ni sya nk mnta tlg jika tuan xkeberatan la sb sya ada kenalan d alam ghaib tp sya mnta tlg tuan kenalkn sya dgn ustaz tu

mass berkata...

salam sya nk tya

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: