NUFFNANG

Khamis, Ogos 09, 2018

Hadis Rasulullah tentang manfaat air hujan sebagai ubat paling mujarab

Setiap saat air berpindah dari lautan menuju atmosfera lalu kembali lagi menuju daratan
Hadis Rasulullah tentang manfaat air hujan sebagai ubat paling mujarab.

Hujan merupakan anugerah yang diberikan Allah SWT bagi semua makhluk di alam semesta.Tapi tahukah anda air hujan juga dapat mengubati berbagai jenis penyakit?

Titisan air yang turun dari langit menjadi sumber kehidupan bagi semua makhluk hidup. Setiap saat air berpindah dari lautan menuju atmosfera lalu kembali lagi menuju daratan. Kehidupan pun bergantung pada air ini.

Harun Yahya dalam The Signs in The Heavens and the Earth for Men of Understanding, membuktikan kebenaran dan kesesuaian ayat-ayat Alquran yang menjelaskan fenomena hujan dengan sains modern.

Diceritakan sebuah hadis dalam kitab An Nawaadir ; Dari Malaikat Jibril kepada Rasulullaah saw tentang ubat paling mujarab adalah air hujan;


Petikan kitab An Nawadir, halaman ; 194 karya Syekh Syihabuddin bin Salamah Al-Qulyuby )

Lihat terjemahan kitab Syeikh Al-Qalyubi dibawah ini:

فائدة :  روي انه صلى الله عليه وسلم قال : علمني جبريل دواء لا احتاج معه الى دواء ولا طبيب ، قال ابو بكر وعمر وعثمان وعلي رضي الله عنهم : وما هو يا رسول الله ؟ إن بنا حاجة الى هذا الدواء ، قال: يؤخذ شيئ من ماء المطر وتتلى عليه فاتحة الكتاب ، وسورة الاخلاص ، والفلق ، والناس وآية الكرسي ، كل واحدة سبعين مرة ويشرب غدوة وعشية سبعة أيام  ، فو الذي بعثني بالحق نبيا لقد قال لي جبريل أنه من شرب من هذا الماء رفع الله من جسده كل داء وعافاه من جميع الامراض والأوجاع ، ومن شقي منه امرأة ونام معها حملت بإذن الله تعالى و يشفي العينين ويزيل السحر ويقطع البلقم ويزيل وجع  الصدر والاسنان والتخم العطش وحصر البول ولا يحتاج الى حجامة ولا يحصى ما فيه من المنافع الا الله تعالى وله ترجمة كبير اختصرناها و الله اعلم – من كتاب النوادر ص 194 تأليف الشيخ شهاب الدين بن سلامة القليوبي

Ertinya: “Faedah”; Diriwayatkan bahawasanya Nabi Muhammad saw bersabda dihadapan para sahabatnya :
“Di ajarkan kepadaku oleh Malaikat Jibril tentang satu ubat yang tidak memerlukan kepada ubat yang lain dan tidak pula memerlukan kepada para pengamal perubatan.

Kemudian sahut Abu Bakar, Umar, Utsman, dan sahabat Ali radhiyallahu an’hum bertanya:

“Apa itu wahai Rasulullah? Sesungguhnya kami sangat memerlukan ubat itu ?” Kemudian Rasulullah saw berkata :
“Ambillah secukupnya dari air hujan, lalu bacakanlah surat Al-fatihah, surat Al-ikhlas, surat Al-falaq, surat An-nas dan Ayat Al-Kursi. Setiapnya (masing-masing) dibaca 70 kali, Dan diminum pada pagi dan petang selama tujuh hari.

Demi zat yang mengutuskanku dengan yang benar sebagai seorang nabi, kata Rasulullah : Sesungguhnya malaikat jibril telah menyatakan kepadaku:
Barang siapa yang meminum air ini nescaya Allah akan menghilangkan semua penyakit yang ada dalam tubuhnya dan menyembuhkan dari segala penyakit yang ada. Dan barangsiapa yang memberi air itu untuk isterinya dan tidur bersama isterinya nescaya isterinya akan hamil dengan izin Allah swt.

Dan air tersebut juga dapat menyembuhkan dua mata yang sakit, menghilangkan penyakit sihir, dan menghilangkan kahak dan menghilangkan sakit dada, gigi, pencernaan, sembelit, dan kencing yang tidak lancar.

Dan juga tidak diperlukankan kepada membekam, serta masih banyak faedah-faedahnya yang lain tidak terhingga kecuali oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ingin mencuba? Bolehlah diamalkan semoga membawa kemanfaatan dan keberkatan bagi kita semuanya, dan semoga yang sakit zahir dan batin segera disembuhkan dan diangkat penyakitnya oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala
aamiin aamiin aamiin Yaa Robbal ‘alamiin

Syarat air hujan untuk tujun perubatan:
1) Pastikan air hujan yang diminum adalah air hujan yang turun tetud dari langit tidak melalui perantara seperti atap bumbung, daun-daun pokok atau apapun yang memungkinkan air hujan menjadi kotor dan tercemar.

2) Untuk mengetahui air hujan itu bersih atau tidak, cubalah tadah air hujan dengan wadah yang bersih dan diamkan sebentar, kemudian bubub dalam plastik jernih kemudian masukan ke dalam freezer, setelah air hujan tersebut membeku akan kelihatan ada kristal-kristal dalam air hujan tersebut, ini menandakan bahawa air hujan layak untuk diminum kerana itu tandanya air itu suci dan bersih serta selamat digunakan.

Cara pengunaan air hujan sebagai ubat :
Ambil air hujan yang cukup untuk di minum pagi dan petang selama 7 hari.

2) Bacakan pada air tersebut,
Al-fatihah70 kali
Al ikhlas70 kali
Al falaq 70 kali
An nas 70 kali
Ayat kursi 70 kali
Setelah itu baca doa ini :

اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ
أَذهِبِ البَأسَ
اشفِ…..!!!! أَنتَ الشَّافِيء
لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاوءُكَ
شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Allahumma robban naas
Adzhibil ba’sa
Isyfi … (fulan bin fulan) !!
Antasy syaafi’
Laa syifaa’a illaa syifaa-uk
syifaa-an laa yughoodiru saqoman 7x

Ertinya :

Wahai Allah Tuhan sekelian manusia
Hilangkanlah rasa sakit ini
Sembuhkanlah…sakitku atau sakitnya (fulan bin/binti sifulan).

Engkaulah Yang Maha Penyembuh
Tidak ada kesembuhan yang sejati kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu. Iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan komplikasi rasa sakit dan penyakit lain.

Terus diberikan atau di minumkan kepada orang yang sakit, minum masa pagi dan petang selama 7 hari. Si pesakit hendaklah baca bismillah dan salawat semasa hendak minum sambil memohon kepada Allah untuk kesembuhan sakitnya.

وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ

Dan bertawakkallah kamu kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. – (Q.S As-Syuara: 217)

(Sumber: Kitab An Nawadir, halaman ; 194 karya Syekh Syihabuddin bin Salamah Al-Qulyuby )

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadis Maudu’

FFO berkata...

Hadis palsu ni.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: