NUFFNANG

Jumaat, Februari 28, 2020

KENALI AL SULTAN ABDULLAH, SULTAN PAHANG YANG KINI YDP AGONG KE 16

KENALI AL SULTAN ABDULLAH, SULTAN PAHANG YANG KINI YDP AGONG KE 16

1. Tengku Abdullah telah diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjuntkan pelajaran ke luar negara.



2. Sultan Ahmad Shah telah berkahwin dengan Tengku Ampuan Afzan dan dari hasil perkahwinan itu, Sultan Ahmad Shah telah dikurniakan dengan tujuh orang putera dan puteri. Sultan Abdullah adalah paduka anakanda keempat dan paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah. Perkahwinan Sultan Ahmad Shah dengan Sultanah Hajjah Kalsom pula dikurniakan dengan seorang Putera.


3. Menurut biodata yang dikongsikan oleh Portal Diraja Pahang , ini adalah beberapa tempat di mana baginda melanjutkan pelajarannya di..

– Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) 1981
– Royal Military Academy, Sandhurst, England 1979-1980
– Davies College, London- Advance School 1978-1979
– Aldenham School, Elstree Hertfordshire- Advance School 1975-1978


4. Dalam bidang ketenteraan pula, baginda telah ditauliahkan oleh Ratu British, Queen Elizabeth II sebagai Leftenan Muda dan baginda dilantik sebagai Pegawai Kehormat dalam Kor Kavalry Angkatan Tentera Darat Malaysia dengan menyandang jawatan Kapten. Berikut adalah beberapa pencapaian baginda dalam bidang ketenteraan…

– Brigadier General, Regiment 505 Voluntary Army 1st April 2004
-Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st June 2000
– Lieutenant Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st May 1999
– Captain, Corp Cavalry of Malaysian Army 1980
– 2nd Lieutenant, Royal Military Academy, Sandhurst, England 1980
(Commissioned by Queen Elizabeth II)


5. Pada 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang. Pada waktu itu Baginda baru berusia 16 tahun. Pelantikan itu kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan. Pada usia 20 tahun, baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 apabila ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Baginda telah berjaya menyempurnakan tanggungjawab yang berat dengan sempurna sepanjang tempoh lima tahun pemerintahan baginda.


6. Baginda juga amat meminati bidang sukan. Ketika di England, baginda telah mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club dan berjaya memenangi perlawanan tersebut. Di Pekan, baginda telah menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri yang dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam. Berikut adalah beberapa jawatan yang disandang baginda dalam bidang sukan..

– Bola Sepak
President Pahang Football Association (1984
Deputy President of Football Association of Malaysia (FAM) (- 2014)
President of Football Association of Malaysia (FAM) (2013- 2017)
Council Member of ASEAN Football Federation (AFF) (- current)
Vice President of Asian Football Confederation (- 2015)
Member of FIFA Executive Committee (FIFA) (2015- current)
– Hoki
President of Malaysian Hockey Confederation (MHC) (2008 – 2015)
President Asian Hockey Federation (2014 – current)
Member of Executive Board of International Federation o Hockey (2012 – current)
Polo
President of Royal Malaysian Polo Association (RMPA) (- current)
President of Royal Pahang Polo Club (RPPC) (- current)
– Tenis
President of Royal Pahang Tennis Club (RPTC)
– Skuasy
President of Pahang Squash Club (PSC)
– Golf
President of Royal Pahang Golf Club (RPGC)


7. Baginda juga adalah Canselor untuk tiga universiti di Malaysia iaitu..

– Canselor, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
– Canselor, Universiti Pahang Malaysia (UMP)
– Canselor, DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia


8. Pada 6 Mac 1986, Baginda telah berkahwin dengan Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar di Istana Bukit Serene, kediaman rasmi Sultan Johor. Ini menjadikan Sultan Abdullah sebagai adik ipar Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim.



9. Umum diketahui bahawa Sultan Abdullah adalah suami kepada bekas pelakon Malaysia, Julia Rais atau kini dikenali sebagai Cik Puan Julia Rais. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan tiga orang puteri yang kini menetap di England bersama dengan ibu mereka.


10. Baginda dikurniakan dengan tiga orang putera dan lima orang puteri. Di samping itu, Baginda turut mengambil seorang putera angkat. Kesemua putera Baginda bersekolah di United Kingdom dan ketiga-tiga puteri Cik Puan Julia Rais kini menetap di United Kingdom.


LINK : dev.glamlelaki.my


Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: