Nuffnang Ads

Sabtu, Mac 19, 2011

SpongeBob protes dera air




KARAKTER lucu SpongeBob menjadi ilham bantahan taman tema air New York.




NEW YORK - Sebuah taman tema air di Coney Island di sini menggunakan watak siri kartun,SpongeBon SquarePants sebagai tanda bantahan kepada penderaan air terhadap tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba.
Direka oleh artis Steve Power, pengunjung cuma membayar AS$1 (RM3.30) untuk menikmati permainan lasak pancutan air ke atas SpongeBob sambil menjelajah zon seumpama di penjara ketat Guantanamo.
Juga dipertontonkan aksi tahanan ditutup kepala dan berpakaian jingga digerakkan robot kelihatan dipancut air deras sewaktu disoal siasat kasar tentera Amerika Syarikat.
Watak SpongeBob itu menjerit It don't Gitmo better! - merujuk kepada protes seksaan terhadap tahanan Guantanamo yang turut dikritik badan hak asasi manusia. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: