Nuffnang Ads

Jumaat, Mei 06, 2011

Mangsa rokok meletup dalam mulut menyesal

Awas!Buat perokok-perokok tegar...



GAMBAR yang dirakam dari sebuah laman web menunjukkan mulut Andi dibalut selepas sebatang rokok yang dihisapnya meletup dalam mulutnya.




JAKARTA - Sebuah syarikat pengeluar rokok, Pt Nojorono Tobacco Indonesia bersetuju untuk membiayai rawatan perubatan seorang lelaki yang kehilangan enam batang gigi apabila sebatang rokok yang dihisapnya meletup di dalam mulutnya.Sila lihat video berikut.

Lelaki itu, Andi Susanto, 31, memberitahu stesen televisyen Metro TV dalam satu temu ramah dari sebuah hospital bahawa syarikat tersebut membuat tawaran untuk membiayai rawatan perubatannya.
"Pegawai-pegawai syarikat itu telah berbincang dengan keluarga saya dan kami bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut atas dasar persahabatan sebagai satu penyelesaian di luar mahkamah.
"Mereka akan membiayai rawatan perubatan," katanya.
Punca letupan itu masih belum diketahui.
Menurutnya, dia tidak mengunyah makanan lain semasa menyalakan rokok Clas Mild dan tidak menyedari sebarang keganjilan mengenai bau, warna dan rasanya.
Ekoran kejadian itu, dia menyatakan akan berhenti merokok. - AP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: