Nuffnang Ads

Ahad, Januari 01, 2012

China kecoh bincang skandal gambar harimau

Gambar Harimau yang menimbulkan perdebatan di China.
BEJING - Skandal gambar harimau palsu yang dirakamkan oleh seorang petani di China kembali hangat diperkatakan selepas lelaki berkenaan mendakwa imej haiwan terancam tersebut adalah asli.

Seorang petani di wilayah pergunungan Shaanxi, Zhou Zhenglong, 54, diberi hadiah AS$2,922 (RM10,110) pada bulan lalu selepas merakamkan gambar yang dipercayai menjadi bukti kewujudan harimau terancam itu di selatan China.
Bagaimanapun, dia hampir dikenakan hukuman penjara kerana menipu selepas pakar mendapati imej yang menunjukkan seekor harimau sedang duduk di dalam hutan itu adalah palsu.
Imej tersebut mencetuskan perdebatan di Internet sebelum beberapa pakar mengesahkan bahawa foto haiwan itu adalah palsu.
Bagaimanapun, Zhenglong yang sebelum ini mengaku menipu kembali mendakwa bahawa dia benar-benar merakamkan imej harimau berkenaan.
Zhenglong menjelaskan bahawa kali pertama dia bertembung dengan harimau itu ketika musim panas 2007 dan berjaya merakamkan imej haiwan tersebut pada Oktober lalu.
"Saya mengisytiharkan bahawa gambar harimau itu adalah asli dan bukannya palsu," katanya.- Reuters

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: