Nuffnang Ads

Sabtu, Oktober 06, 2012

Ketaksuban wanita cantik bak boneka

Anastasiya Shpagina Dari Ukraine
RAMBUTNYA panjang mengurai dan berwarna merah terang. Sepasang matanya tampak besar hasil teknik solekan yang menggunakan penggaris mata hitam manakala anak matanya bundar dengan kanta lekap warna ungu. Rias wajahnya tidak ubah seperti watak animasi Jepun apatah lagi memiliki badan langsing dan pinggang ramping.

Sekali pandang pasti ramai menyangka gadis bernama Anastasiya Shpagina, 19, mahu menyertai Cosplay iaitu festival kostum yang diadaptasi daripada komik manga, animasi TV atau permainan video. Festival itu sememangnya popular di Jepun.
Hakikatnya, itulah rupa dan penampilan terkini Anastasiya. Disebabkan terlalu meminati koleksi filem animasi Jepun atau anime, Anastasiya sanggup menjalani pembedahan plastik pada mata dan mengurangkan berat badannya sehingga 38 kilogram (kg).
Bagi mengekalkan pesona watak anime pada dirinya, Anastasiya dengan ketinggian 157 sentimeter sanggup menjalani rejim diet yang ketat dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk merias wajah.
Penampilannya bak anime Jepun telah mencetuskan fenomena baharu di Ukraine walaupun ia bukanlah situasi pertama di negara tersebut. Namanya mula meniti dalam kalangan masyarakat tempatan dan turut menjadi bualan golongan remaja di Jepun sehingga peminatnya di Negara Matahari terbit menggelarnya dengan nama Jepun, Fukkacumi.
Namun perubahan sosok tubuh dan wajah Anastasiya mencetuskan perdebatan dalam blog dan laman sosial. Menerusi portal doubtfulnews.com, seorang pengguna yang bernama Molly menyifatkan semua wanita berhak untuk cantik dan kelihatan anggun seperti selebriti tetapi jangan sampai memudaratkan diri.
"Saya fikir tindakan Anastasiya berpenampilan bak anime Jepun membahayakan kesihatan terutamanya berat badannya tinggal 38 kilogram dan ukuran pinggangnya yang terlalu kecil tidak sesuai dengan tubuhnya.
"Bagi mendapatkan bentuk pinggang sebegitu dia terpaksa berdiet dan memakai bengkung yang ketat dalam tempoh yang panjang. Sebagai remaja, saya fikir Anastasiya tidak wajar menyiksa diri dengan memakai bengkung kerana ia boleh menjejaskan abdomennya," komen Molly.
Selain Anastasiya, kebanyakan wanita di negara itu sentiasa mendambakan wajah dan tubuh badan yang menawan.
SELAIN menyanyi dan menulis lagu Valeria (kanan) turut mengendalikan seminar kerohanian yang membantu anak-anak memahami diri sendiri.

Menafikan
 Valeria Lukyanova from Russia.
Ramai pihak yang mengkritik tindakan Valeria yang dianggap keterlaluan dan bodoh kerana untuk kelihatan cantik seperti Barbie memerlukannya menjalani pembedahan plastik secara holistik.
Pada masa yang sama, kebanyakan pakar pembedahan plastik menganggarkan sekurang-kurangnya Valeria telah menghabiskan wang sebanyak AS$100,000 (RM305,100) bagi mendapatkan hasil yang diingini.
Namun graduan jurusan arkitek dan binaan dari Odessa State Academy, Ukraine itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia melakukan pembedahan plastik yang melampau.
"Saya kesal apabila orang ramai asyik mempertikaikan penampilan saya. Mereka kerap bertanyakan kos dan keadaan saya selepas menjalani pembedahan plastik sedangkan kecantikan yang dimiliki ini ialah semula jadi.
"Saya tidak melakukan sebarang pembedahan plastik sebaliknya menjalani gaya hidup yang sihat, tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan menikmati makanan yang seimbang. Kesungguhan saya untuk cantik sangat tinggi dan saya seorang yang berdisiplin," ujar gadis yang memiliki anak mata berwarna kelabu. Bagaimanapun, untuk meniru seperti Barbie dia memakai kanta lekap rona biru dan bersolek selama sejam.
Sama seperti wanita lain, Valeria juga sibuk dengan karier dan tugasan harian. Selain menyanyi, dia juga aktif menulis lagu berunsurkan kerohanian.
RUPA paras dan bentuk fizikal Valeria saling tak tumpah seperti anak patung Barbie.

Surgeri plastik

"Setakat ini saya sudah menulis 70 buah lagu dan akan tampil dengan album pertama tidak lama lagi. Saya memiliki vokal yang besar dan boleh menyanyi soprano," ujar Valeria yang gemar menyarungkan pakaian seksi.
Valeria Lukyanova
Mengulas lanjut mengenai isu pembedahan plastik yang semakin berleluasa pada hari ini, Dr. David Mosier yang merupakan ahli Persatuan Pembedahan Plastik Amerika (ASPS) menyatakan proses tersebut menjadi pilihan golongan wanita berbanding lelaki.

Tertekan dek sikap masyarakat yang lebih meminati dan menghargai individu yang cantik telah menyebabkan 80 peratus golongan wanita muda bertekad menjalani pembedahan plastik.

"Mereka menyifatkan keyakinan diri akan wujud apabila memiliki fizikal menawan. Atas faktor itu mereka sanggup berbelanja tinggi semata-mata untuk mengubah wajah dan bentuk badan agar tampil sempurna. Lazimnya golongan ini obses meniru kecantikan selebriti dan boneka.


"Fenomena ini mempamerkan bahawa pembedahan kosmetik membantu orang ramai berasa yakin di khalayak. Padahal ia bukanlah pilihan terbaik bagi jangka masa panjang. Ini disebabkan hari demi hari mereka akan ketagih untuk melakukan lebih banyak pembedahan apabila teruja melihat hasil kecantikan pada fasa pertama," jelas Mosier yang turut menjelaskan tentang risiko dan kesan sampingan akibat pembedahan plastik.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh ASPS pada tahun 2007, satu pertiga daripada pesakit yang melakukan pembedahan plastik menderita komplikasi yang sukar diubati. Selain jangkitan, parut kekal dan pendarahan serius ada kemungkinan mereka berhadapan dengan kematian.

Menurut Mosier, salah seorang pesakitnya Lorraine Batt, 36, mati semasa menjalani pembedahan plastik abdominoplasti iaitu prosedur mengepil kulit perut berlebihan.
"Jika komplikasi kecil pakar mungkin dapat memberikan rawatan sewajarnya, namun apa yang membimbangkan jika pesakit mengalami jangkitan serius yang boleh membawa maut.

"Antaranya pesakit mungkin berhadapan dengan penyakit kulit dan risiko penyakit jantung serta jangkitan pada otak jika menggunakan ubat bius melebihi had," tegas Presiden ASPS, Dr. Malcom Roth yang menentang tindakan Valeria Lukyanova yang mengubah wajah dan bentuk badan persis boneka Barbie. Dia menyifatkan pembedahan plastik secara drastik membantutkan tumbesaran dan kematangan seseorang.

LINK


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: