Nuffnang Ads

Sabtu, September 14, 2013

HIKMAH SEBALIK DUGAAN

Di suatu petang yang hening, berjalan seorang lelaki melewati kawasan taman permainan kanak-kanak. Ketika dia sedang berjalan, dia ternampak satu kepompong terlekat di bawah pokok bunga raya di kawasan taman tersebut. Dengan perasaan ingin tahu, lelaki itu mematahkan dahan pokok di mana kepompong itu melekat. Lalu di bawa kerumah.
Selang beberapa hari, Kepompong itu seolah-olah merekah dan membentuk lubang yang sangat kecil. Lelaki tersebut duduk dan memerhatikan saja rama-rama yang cuba melepaskan diri dari kepompongnya itu. 

Dengan kekuatan yang ada, rama-rama tersebut cuba menolak dirinya keluar namun gagal. Selang beberapa jam, rama-rama tersebut tidak juga menunjukkan perubahan.

Melihat kepayahan itu, lelaki itu mengambil keputusan untuk membantu rama-rama tersebut keluar. Lalu, dia pun mengambil gunting dan memotong sedikit bahagian lubang yang kecil itu untuk memudahkan rama-rama keluar. 
Dengan jayanya, rama-rama tersebut merayap keluar dari kepompongnya. Bagaimanapun, tubuh rama-rama itu seolah-olah bengkak malah sayapnya juga layu dan tidak kembang.
Lelaki itu terus memerhatikan rama-rama dengan harapan sayapnya mengembang dengan cantik dan terbang dengan bebasnya keudara. Namun, tiada apa-apa yang berlaku. Rama-rama itu tetap begitu. Dia hanya merayap mengelilingi kepompongnya dengan sayap kecut.

Apa yang dilakukan lelaki tersebut adalah satu perbuatan yang boleh dipuji. Membantu dan memudah cara. Namun, dia tidak tahu bahawa Allah membentuk lubang kecil pada kepompong tersebut adalah untuk menyempurnakan sifat rama-rama itu.
Dengan kepayahan inilah akhirnya ia menjadi rama-rama yang cantik dan kuat
Menguatkan fizikalnya dan menjadikannya seekor rama-rama yang aktif. Badan rama-rama yang bengkak akan mengecil apabila dia berusaha untuk keluar. Dengan segala usaha itulah, dia akan menjadi rama-rama yang cantik dan hebat.

Begitulah manusia. Ada kalanya Allah mendatangkan musibah untuk menguatkan kita. Cuba bayangkan jika Allah membiarkan kita hidup di dunianya tanpa masalah, pasti kita akan menjadi seorang yang sangat lemah. 

Tanpa dugaan, sudah tentu kita tidak dapat terbang seperti sang rama-rama.

AL ISLAM_Sept_2013

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: