Nuffnang Ads

Rabu, Oktober 29, 2014

VIDEO: PEMUDA INI NEKAD BINA BADAN LAWAN BARAH

LELAKI berumur 20 tahun dari Amerika Syarikat ini sememangnya berjiwa kental untuk melawan penyakit barah yang dihidapinya selepas disahkan menghidapi kanser kelenjar atau limfoma pada 2010.

Zach Zeiler dari Ida, Michigan turut mengalami penurunan berat badan sehingga 44 kilogram (kg) akibat penyakit itu lapor The Mirror.

Bagaimanapun, sokongan dan kata-kata semangat ahli keluarga serta rakannya telah memberi kekuatan kepada Zeiler untuk melawan kanser tersebut melalui aktiviti bina badan yang dilakukan selama dua jam pada setiap hari.

"Saya mula melakukan aktiviti kecergasan fizikal selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi kerana ia dapat menambah berat badan dan membina otot," katanya.

Usaha keras Zeiler telah mengubah hidupnya menjadi bintang media sosial dengan lebih 11 juta view di Youtube dan kira-kira 68,000 pengikut di Facebook.

Dia turut berkongsi rutin senamannya di Youtube dengan harapan ia mampu menjadi inspirasi kepada orang lain.   Dia juga mahu  memberi ilham kepada orang lain yang mahu mencapai impian dalam hidup mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: