Nuffnang Ads

Selasa, November 03, 2015

NASA Sahkan Manusia Boleh Diami Musytari?

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara Amerik Syarikat (Nasa) kini giat melakukan penyelidikan dan penerokaan ke atas sebuah bulan dalam sistem planet Musytari.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk membolehkan manusia mendiami 'bumi' kedua, kerana menurut Nasa ada petanda bahawa manusia boleh hidup di bulan tersebut.
Bahawa bulan itu dikenali sebagai Europa, ia merupakan bulan terbesar dalam sistem planet Musytari.

Dalam satu kenyataan Nasa, memaklumkan bahawa bulan misteri itu dikatakan sebagai satu tempat terbaik untuk manusia mencari kehidupan baharu dalam sistem suria kita selain bumi.
INILAH TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE MILIK NASA
Tarikannya bermula ketika saintis melihat wujudnya pemanasan ais pada 2012 ketika pemerhatian menggunakan Teleskop Angkasa Lepas Hubble.

Hasil pemerhatian mendapati wujud wap air di wilayah Kutub Selatan Europa.

"Pemerhatian itu memberi bukti kukuh kepada saintis berlakunya letusan air di permukaan terbabit," petik kenyataan Nasa.
Terdahulu, sebelum Hubble membuat penemuan itu, kapal angkasa Nasa yang dikenali sebagai Galileo melakukan pengembaraan ke Musytari pada 1995 dan menemui bukti kukuh bahawa Europa memiliki lautan masin di bawah lapisan permukaan beku bulan terbabit.
Mungkinkah ini persediaan NASA untuk menghadapi Kiamat, kerana mereka sudah mengetahui bahawa bumi dalam keadaan sudah tidak selamat lagi untuk di diami? Itu sebabnya mereka giat mencari bumi kedua.

Namun apa yang pasti...jika 
berlakunya kiamat bukan bumi sahaja yang hancur malahan seluruh cakrawala juga akan berlaga sesama sendiri dan musnah yang wujud kelak hanyalah 'Padang Mahsyar'.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: