NUFFNANG

Isnin, November 02, 2015

Makhluk Apakah Ini? Ganjil Sungguh...

Haiwan  itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau.
BANGKOK - THAILAND. Kecoh dan gempar! Itulah suasana yang terjadi di sebuah kampung terpencil di Wilayah Sisaket Thailand, selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala mirip seekor buaya.

Haiwan ganjil itu dilahirkan oleh seekor kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.

“Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya dipetik  Mirror.uk.com.

Namun ujarnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya.
Mempunyai ekor seperti kerbau...
Sementara itu katanya, rumahnya telah menjadi tumpuan masyarakat setempat setelah berita mengenai anak kerbau berkepala buaya itu tersebar.

“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah.

“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.

“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya.

Haiwan  itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau.

VIDEO : Makhluk Apakah Ini? Ganjil Sungguh...

Adakah anak kerbau ini hasil perhubungan buaya dan kerbau? Kerana sudah menjadi kelaziman kerbau memang suka berkubang di paya-paya yang berlumpur dan berair dan disitulah selalunya tempat digemari sang buaya....
CROCALO ( CROCIDLE+BUFFALO)

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: