Nuffnang Ads

Khamis, Februari 02, 2017

Daun yang boleh berjalan...

Serangga Daun atau Daun Berjalan adalah sebahagian daripada keajaiban di dalam dunia kecil serangga. Serangga ini sangat mirip hampir 99.99 peratus seperti daun serta mampu untuk untuk menyembunyikan diri mereka daripada pemangsa. Penyamaran mereka begitu hebat sehinggakan pemangsa sering tertipu dengan helah mereka kerana bentuknya memang sama seperti daun yang sebenar.


Malah ada beberapa spesies pula menpunyai rupa kesan daun yang digigit, dan ia kelihatan sangat nyata seperti daun yang sebenar.



Makhluk ini sebenarnya telah dijumpai buat pertama kalinya oleh Antonio Pigafetta dari Portugis, yang telah berlayar bersama Ferdinand Magellan  dalam pelayaran mereka ke India pada abad ke-15. Ketika anak kapal berhenti seketika di Pulau Cimbonbon untuk kerja pembaikan kapal. Beliau telah menemui spesies serangga pelik ini,berikut petikan yang terdapat buku catatan beliau...




"Di pulau ini juga terdapat pokok-pokok dan daun yang pelik, daunnya yang mana apabila mereka jatuh, mereka bergerak dan berjalan kaki. Mereka adalah seperti daun pokok mulberi, Mereka mempunyai tangkai daun yang pendek dan tajam,berhampiran tangkai daun mereka di setiap sisi terdapat dua kaki.

 Jika mereka disentuh mereka akan melarikan diri, tetapi jika dihancurkan tidak pula mengeluarkan darah. Saya terus menyimpan mereka di dalam kotak selama 9 hari. Apabila saya membuka daun ini bergerak sangat perlahan seperti sangat lemah. Saya percaya mereka sejenis serangga yang hidup perlukan udara".




Serangga Daun ini dipercayai wujud dari Asia Selatan melalui Asia Tenggara hingga ke Australia. Di Malaysia juga ada serangga ini, biasanya digelar belalang daun.Sehingga sekarang tidak ada kata sepakat tentang pengelasan spesies serangga jenis ini, tetapi mereka secara umumnya dianggap sebagai makhluk Phylliidae.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: