Kumpulan PBB baru-baru ini mengatakan terlalu ramai yang terkorban di beberapa wilayah disana, membuatnya sukar untuk mengira jumlah sebenar korban. Sementara di sisi lain, rejim Myanmar tidak mengizinkan setiap organisasi ataupun media untuk memasuki negaranya.
Baru-baru ini, sebuah video ekslusif telah tersebar di Malaysia, yang menggambarkan serangan terhadap kaum Muslim Rohingya. Video ini diserahkan seseorang bernama Ahmad kepada Harian Metro, Malaysia, selepas memperolehnya dari penduduk di Aung Mingalar, ketika perkampungan itu diserang oleh sekumpulan orang Rakhine pada 14 Jun 2012 lalu.
Dalam video yang telah dilihat 206,729 orang setakat ini, kelihatan api menjulang tinggi yang membakar beberapa rumah penduduk. Kelihatan wajah-wajah orang yang panik ketika kamera mengambil gambar mereka. Kelihatan juga Warga Muslim sedang menyematkan diri ke tempat lebih selamat.Terdengar suara dan laungan takbir berkali-kali, seolah-olah menunggu pertolongan. “Allahuakbar..Allahuakbar... Allahuakbar,”. . .
Dalam video itu, Ahmad mengaku, ada sekitar 115.000 warga etnik Muslim Rohingya ketika ini berada di Kem pelarian di 5 wilayah. Seorang aktivis lain mengatakan, sudah 2000 orang terbunuh, 10 ribu orang hilang dan 60 wanita diperkosa di daerah Mandao.
Yang cukup membuat hati kita tersentuh, di akhir rakaman video, ratusan pemuda, wanita dan kanak-kanak kelihatan menuju sebuah tasik, mereka beramai-ramai mengangkat tangannya berdoa untuk memohon bantuan dan pertolongan .
LIHAT VIDEO . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan