Sudah hampir 4 tahun dia bersahabat dangan seekor harimau Bengal. Harimau dengan berat 68 kg ini kelihatan begitu manja dengannya demikian juga Abdullah kelihatan sangat menyayangi binatang buas ini. Harimau ini sudah menjadi anggota keluarga dalam keluarga Abdullah Shalle, harimau ini juga suka bermain dan bergurau dengan Abdullah walaupun dirinya sering terkena cakaran dari harimau tersebut.
Menurut cerita harimau tersebut diperolehnya di pinggiran hutan di Malang, Ketika ditemui harimau ini dianggarkan berusia 3 bulan dan dalam keadaan sangat lemah kerana sakit. Dengan penuh kasih sayang Abdullah merawatnya hingga membesar menjadi harimau besar yang juga menyayangi Abdullah Shalle seadanya.
LIHAT VIDEO.
Itulah misteri kehidupan, Sesuatu yang dalam fikiran manusia sebagai binatang ganas terbukti apabila diberikan kasih sayang mereka juga akan menyayangi manusia sebagaimana mereka menyayangi sesamanya.
Kita tentu masih ingat dengan persahabatan ular phyton dengan sebuah keluarga di sebuah perkampungan terpencil di Kemboja, mereka begitu mesra dan tidak membunuh kanak-kanak dalam keluarga tersebut walaupun sebenarnya untuk menelan seekor kambing dewasa pun mampu dilakukan oleh ular phyton tersebut.
Ular sawa menjadi ahli keluarga ini
Di Kemboja, seorang kanak-kanak menjadikan ular sawa sebagai haiwan peliharaannya. Semasa kanak-kanak tersebut berusia 3 tahun, bapanya menemui seekor ular sawa di dalam rumah mereka. Dia membawanya balik ke dalam hutan tetapi ular tersebut kembali semula pada hari berikutnya. Kini, ular sawa tersebut telah menjadi ahli keluarga tersebut.
LIHAT VIDEO . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan