NUFFNANG

Jumaat, April 05, 2013

NINETOLOGY SMART PHONE BUATAN MALAYSIA YANG HEBAT !

Ramai pengguna lebih mengenali jenama telefon bimbit tertentu kerana cara pengiklanan serta publisiti yang ada di mana-mana tanpa menyedari beberapa jenama buatan tempatan sudah mula menunjukkan taring masing-masing.

Tidak ketinggalan Ninetology yang memasarkan telefon bimbit multimedia melalui segmen telefon pintar iaitu Black Pearl 2 i9400 kini berada di pasaran dengan konsep hiburan bermaklumat. 

LIHAT VIDEO :

Jenama ini mungkin masih kurang dikenali di pasaran tempatan tetapi sesetengah fungsinya tidak boleh dipertikaikan walaupun ramai yang kurang yakin termasuk penguji apabila pertama kali menggunakannya. 

Satu ciri menarik pada Black Pearl 2 i9400 ialah versi dwi SIM yang mana pengguna boleh bertukar antara dua nombor telefon berbeza anda dengan hanya satu sentuhan.
Pada saiz 4.0 inci, pe-nguji merasakan Ninetology boleh berbangga pada saiz yang menepati kehendak pengguna sekarang namun resolusi (dinyatakan di bahagian bawah artikel ini) belum memadai.

Menu utama yang terpampang di skrin sebaik membuka telefon bimbit ini ialah buku alamat, pendaftaran panggilan, perkhidmatan, pusat mesej, galeri, agenda, multimedia dan pengaturcaraan. 

Meskipun menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich, penguji tidak nampak antaramuka BP2 menunjukkan kepintaran berlainan mungkin disebabkan ia tidak digabungkan secara terperinci dengan antaramuka sendiri Ninetology. 
Jangan cepat menilai luarannya saja, Black Pearl 2 i9400 memiliki pelbagai aplikasi yang mudah dipindah turun dari Google Play dan ia beroperasi sempurna seperti kamus untuk membolehkan terjemahan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu atau Cina dipindah turun pe­nguji lebih baik menggunakan Ninetology berbanding telefon mahal di pasaran. 

Papan kekunci mayanya pun beroperasi dengan baik ketika menaip mesej pada keadaan laju dengan kerana ia mempunyai permukaan skrin rata dan lembut. 

Berkonsepkan telefon bimbit mudah guna, reka bentuknya mungkin agak ringkas tetapi boleh diperkemaskan lagi kerana dilihat seolah-olah barang mainan. 

Ia juga memiliki ikon yang membolehkan pengguna merekod suara bersesuaian jika mereka menghadiri seminar, mesyuarat atau kelas tertentu. 
Penguji yang menggunakan telefon bimbit ini mampu bertahan sehingga dua hari dengan menerima serta membuat panggilan pada kadar biasa, melayari laman sosial dan membuka e-mel. 

Paparan warna IPS WVGA dengan resolusi 800 x 480 piksel mungkin belum cukup bagus bagi sesetengah individu ditambah sambungan pelabuh micro USB di ruang tepi agak sukar dihubungkan dengan kabel pengecas pada mulanya. 

Memorinya hanya mampu menjangkau dua gigabait menggunakan setoran dalaman dan ia menyokong 512MB untuk RAM yang sepatutnya dinaikkan pada sekurang-kurangnya 1GB. 
Di samping itu, penggunaan pembesar suaranya tidak sejelas seperti yang diharapkan penulis dan masih kurang mendengar suara walaupun pada jarak 15 sentimeter. 

Namun, satu aspek perlu dipuji kerana Black Pearl 2 i9400 sememangnya ringan (103 gram mengikut brosur) dan kadangkala poket anda terasa kosong walaupun ia diletakkan di dalamnya.

sumber

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: