NUFFNANG

Ahad, April 21, 2013

RUMAH MISTERI DI TENGAH SUNGAI

Photo: Irene Becker
Pernahkah anda bermimpi mempunyai rumah di tengah-tengah sungai ? Inilah satu-satunya rumah yang di bina di tengah-tengah Sungai Drina di Serbia. Berdiri megah di atas batu di tengah-tengah sungai Drina, Berhampiran bandar Bajina Basta, rumah kecil ini telah mendapat banyak perhatian di internet sejak ia telah tertangkap oleh kamera tahun lalu oleh jurugambar Hungray, Irene Becker.

Photo: Vlado Marinkovic
Gambar beliau telah diterbitkan oleh National Geographic sebagai salah satu foto yang terbaik pada bulan Ogos 2012, dan sejak itu tempat misteri dan ketenangan Drina River telah menangkap imaginasi berjuta-juta orang. Ia juga dinamakan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Serbia.
Photo: Vladimir Perkic
Rumah itu telah berdiri di lokasi yang luar biasa selama lebih 40 tahun. Menurut pemiliknya, "Rumah ini dibina pada tahun 1968. Ia bukan mudah untuk di bina.Tetapi saya akhirnya membuat ia menjadi kenyataan dengan bantuan rakan-rakan saya.
Photo: Uros Petrovic
"Ketika itu mereka hanya sekumpulan kanak-kanak lelaki yang suka berenang di perairan Sungai Drina dan berjemur di atas batu besar yang kini menyokong rumah saya. Rumah kayu ini telah terselamat dari beberapa banjir dan ribut yang serius di Serbia, itulah keajaibannya rumah ini.

LIHAT VIDEO :

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: