NUFFNANG

Isnin, April 15, 2013

VIDEO PSY GENTLEMAN CECAH 10 JUTA HITS

Psy lancar klip video terbaru di Seoul.
SEOUL - Kemunculan video muzik terbaru penyanyi Psy berjudul Gentleman sekali lagi membuat kejutan apabila ditonton lebih 10 juta kali di laman You Tube dalam tempoh kurang 24 jam.
LIHAT VIDEO :

Kenyataan itu diumumkan dalam laman rasmi penyanyi kelahiran Seoul itu, sekali gus mengulangi fenomena Gangnam Style.

Video itu disiarkan sehari selepas pelancaran album terbarunya di seluruh dunia dan mencatatkan penjualan 10.7 juta dalam tempoh 15 jam.

Klip terbaru penyanyi berusia 34 tahun itu dengan nama sebenar Park Jae-Sang menampilkan aksi beliau memakai cermin mata hitam, menari di pelbagai lokasi di sekitar Seoul termasuk kedai pakaian mewah, dipetik daripada laporan AFP.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: