NUFFNANG

Rabu, Julai 17, 2013

PRAMUGARI MATI KERANA PANGGILAN IPHONE 5

BEIJING 16 Julai - Seorang pramugari warga China, maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menjawab panggilan telefon pintar iPhone 5 ketika telefon itu dicas.

Laporan kematian Ma Ailun, 23, tersebut yang disebarkan di Internet oleh adik perempuannya, menimbulkan kritikan berjuta-juta pengguna telefon pintar tersebut di negara ini terhadap pengeluar telefon itu, Apple Inc.

LIHAT VIDEO :

Pramugari China Southern Airlines yang bakal berkahwin pada bulan depan itu, dilaporkan membeli telefon tersebut di kedai rasmi Apple di Xinjiang pada Disember lalu.

Adik lelakinya, Yuelun memberitahu akhbar Hong Kong, Apple Daily bahawa telefon tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa China untuk siasatan.

"Keluarga saya percaya, kakak saya meninggal dunia akibat renjatan elektrik semasa menjawab panggilan telefonnya. Telefon itu serta aksesorinya telah diserahkan kepada pihak berkuasa China,'' katanya.

Adiknya dalam laman sosial China, Weibo berkata, Ailun membeli iPhone 5 itu di sebuah kedai rasmi Apple pada Disember lalu dan menggunakan alat pengecas asli ketika mengecas telefon tersebut.

Dalam pada itu, Apple memberi jaminan akan melakukan siasatan terhadap kematian tersebut, kejadian terbaharu yang memberi tamparan kepada syarikat teknologi berkenaan di pasaran kedua terbesarnya selepas Amerika Syarikat (AS).

Syarikat itu bagaimanapun enggan menyatakan sama ada pihaknya menyiasat kejadian itu sebagai kes terpencil atau menimbangkan untuk menarik semula produk berkenaan. - Agensi

LINK

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: